Popular Today

Jumaat, November 06, 2009

RM 7 juta untuk DS Rosmah!

Buat baik dibalas baik, walaupun kita tidak memgharapkan. Kerana kejujuran Kerabat Arab Beri RM7 Juta Hargai Kejujuran Rosmah

Ianya berikutan semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Bagaimanapun DS Rosmah tidak gunakan untuk diri beliau, bahkan beliau mengagihkan wang tersebut untuk keperluan rakyat Malaysia yang memerlukan.

Hari ini, Rosmah mengagihkan :
RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.

US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah.

Dan baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.

Mengulas mengenai hadiah yang hendak diberikan, "Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.

-- BERNAMA

3 ulasan:

C L J berkata...

Masih ada rupanya hati yang mulia. Katakanlah apa pun. Intan tetap menyerlahkan cahayanya yang tersendiri. Mashaallah.

Aspirasi berkata...

Allah yang manlai sesuatu yang nyata mahupun tersembunyi... bukan seperti manusia yang bias...

Tai berkata...

Betullah, buat baik, dibalas baik.

Kongsi Link Anda