Popular Today

Sabtu, Oktober 09, 2010

Takziah kepada ahli keluarga Ahli Parlimen Batu Sapi

Takziah diucapkan kepada keluarga Ahli Parlimen Batu Sapi yang meninggal dunia dalam kemalangan.

Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS) 54, dipercayai sedang menunggang motosikal berkuasa besar dari Sembulan ke Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez kira-kira pukul 11.40 pagi ini.

Mayatnya telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di sini.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing yang mendapat 5,771 berbanding 9,479 undi yang diraihnya.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda