Popular Today

Rabu, Jun 18, 2008

Masa tidak sesuai - Khazanah perjelas kenaikan gaji pegawai GLC

0 Komen!!!
Dalam keadaan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang yang dihadapi oleh rakyat serta bakal kenaikan tarif elektrik.

Sesungguhnya berita kenaikan gaji pegawai tertinggi dalam syarikat milik kerajaan (GLC) amat mengecewakan rakyat. Sekaligus langkag berjimat cermat yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak diikut oleh syarikat-syarikat milik kerajaan.

Semalam didalam laporan bernama, Khazanah Nasional Bhd., cabang pelaburan kerajaan, hari ini mempertahankan cadangan kenaikan gaji bagi pegawai tinggi dalam syarikat milik kerajaan (GLC), dengan alasan tindakan itu dilakukan selepas pertimbangan secara berhati-hati, kejayaan mewujudkan nilai dan usaha mengekalkan pekerja mahir.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Buku Biru (Blue Book) Khazanah, yang memperincikan imbuhan eksekutif, cuba untuk melaksanakan keadaan yang “kami tidak membayar terlalu rendah, kami tidak pula sepatutnya membayar terlalu tinggi, tetapi kami perlu membayar secukupnya dan kami perlu membayar secara adil.”

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengapa para pegawai tinggi Tenaga Nasional Bhd. mendapat kenaikan gaji yang besar sehingga 100 peratus dalam keadaan kemungkinan berlakunya kelembapan ekonomi berikutan kenaikan harga bahan api dan makanan.

Azman berkata, selepas perbahasan menyeluruh empat hingga lima tahun lalu, Khazanah memutuskan prinsip purata digunakan dalam menentukan gaji asas.

“Ini adalah perkara penting. Ia berasaskan prestasi, dorongan insentif dan pembiayaan sendiri,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian bengkel kerja Program Makmal Keusahawanan MIT Sloan Global yang dikelolakan oleh Khazanah

Kenaikan gaji tersebut bukan 10% atau 20% atau 30% tetapi 100%. Jadi ianya sesuatu yang pelik dan bakal menjadi tandatanya rakyat. Walaupun alasan kelayakan atas dasar sumbangan yang diberikan. Ianya tidak sepatutnya berlaku sekarang di dalam keadaan rakyat dibebani peningkatan kos sara hidup.

P.s: Jimat atau tidak sebenarnya?..

Harga minyak mahal bagi kenderaan asing

0 Komen!!!
Oleh Mohd Asyramisyanie Kamis


Haji Zulkifli (kanan) mengumumkan kadar baru harga bahan bakar bagi kenderaan asing mulai 19 Jun. Bersama beliau ialah Pengiran Haji Yasmin.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Mulai Khamis ini, Brunei pasti tidak lagi menjadi tumpuan warga asing untuk membeli minyak harga murah kerana satu struktur baru harga petrol dan diesel akan diperkenalkan bagi kenderaan darat dan laut yang berdaftar di luar negara.

Bahagian Tenaga, Jabatan Perdana Menteri hari ini mengumumkan kadar harga baru bagi semua kenderaan dan kapal laut yang tidak berdaftar di Brunei ialah $1.13 seliter bagi diesel dan $1.18 seliter bagi Gasolin Premium 97.

Syarat baru itu yang terkandung dalam Arahan (III) Penjualan Diesel dan Motor Gasolin Premium 97 bagi Kenderaan dan Kapal Laut yang Tidak Berdaftar di Brunei akan berkuat kuasa mulai 19 Jun, kata Pemangku Pengarah Unit Petroleum Haji Zulkifli Haji Abdul Karim.

Ketika mengumumkan ketetapan terbaru itu pada majlis taklimat dengan pengusaha stesen minyak seluruh negara, beliau berkata hanya 10 buah stesen minyak di seluruh negara dibenarkan menjual diesel dan minyak Premium 97 kepada kenderaan dan kapal laut yang bukan berdaftar di Brunei.

Stesen terbabit ialah Stesen Minyak Badan Tanmiah Kuala Lurah, Stesen Minyak Mar'azmala Jerudong, Stesen Minyak Bunut dan Stesen Minyak Gadong bagi Daerah Brunei dan Muara, Stesen Minyak Koperasi Peladang Kampung Sungai Teraban dan Stesen Minyak Roxana (Kuala Belait) dan Stesen Minyak KKMB dan Stesen Minyak Negalang Maju di Temburong.

Bagi kapal laut, pembelian hanya boleh dilakukan di Stesen Minyak Majra dan Stesen Minyak Seri Cermin yang terletak di sepanjang Sungai Brunei.

Haji Zulkifli dalam kenyataannya juga mengumumkan kadar harga penjualan yang diumumkan hari ini sah bagi bulan Jun sahaja dan akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan harga pasaran global.

Taklimat itu disertai sama oleh Pengarah Urusan Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) Pengiran Haji Yasmin Pengiran Haji Mohammad.

Kepada satu soalan, Haji Zulkifli menjelaskan bahawa syarat baru itu turut meliputi warga asing yang bekerja di negara selagi kereta mereka bukan kereta yang berdaftar di Brunei.

Beliau juga berkata harga minyak di pasaran dunia yang mencecah AS$130 setong mempengaruhi kos penghasilan dan subsidi minyak termasuk di Brunei dan "sudah tiba masanya pihak berkuasa mengawal pengaliran sumber asli berkepentingan ini serta mengambil langkah mengawal situasi yang kian melarat".

Menurutnya, jenayah yang melibatkan penyelewengan dan penyeludupan minyak setakat dari Januari hingga Mei tahun ini sudah berjumlah 48 kes keranaa harga pasaran minyak di pam minyak di Darussalam adalah yang paling murah di kalangan negara Asia Tenggara.

Beliau juga mengumumkan bahawa semua stesen minyak mesti menghantar laporan catatan jualan bulanan sebelum 15 hari bulan dan pengusaha yang gagal berbuat demikian akan dikenakan denda seperti pengurangan dan penggantungan bekalan minyak atau penggantungan lesen.

Sementara itu ketua unit peruncitan BSM Awang Sirup Tuah yang turut serta pada majlis taklimat itu berkata mulai 4 petang 18 Jun ini, BSM akan menukarkan petunjuk harga jualan di pam terpilih 10 buah stesen minyak yang dikhaskan bagi jualan minyak kepada kereta luar negara.

Menurutnya langkah itu hanya akan dimulakan selepas pengusaha-pengusaha minyak menandatangani dan menyerahkan Perjanjian Peruncitan kepada pihak BSM.

Analisis: Enam 'teori' politik Malaysia

0 Komen!!!
Oleh Mohd Sayuti Omar (KL pos)
Selasa, 17 Jun 2008
KALAU boleh dinamakan sebagai teori politik Malaysia mutakhir, ada enam teori yang bakal mengejutkan politik Malaysia dewasa ini. Teori-teori ini merupakan isu-isu yang memenuhi menu perbualan ahli dan pemerhati politik pada masa ini. Dan ia juga bakal merubah senerio politik negara.

Pemerhati yang bertaraf intelektual juga menunggu-nunggu teori atau isu ini dengan penuh tanda tanya dan sukar untuk membuat hepotesis mengenainya.

Ilmu sains politik dan sejarah politik yang mereka hafal juga tidak dapat membayangkan yang mana satukan antara enam teori ini akan menjadi realiti atau mendahului antara satu sama lain. Kedudukannya bernisbah 50 – 50.

Pertama ialah mengenai 30 ahli Parlimen BN yang dikatakan akan lompat menyertai pembangkang – Pakatan Rakyat.

Teori ini bolehlah dinamakan teori Anwar Ibrahim sebab ianya dicetus bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar dakwa ada 30 ahli Parlimen BN akan bersama Pakatan Rakyat.

Masa yang dinanti dan dipacak ialah 16 September sempena hari penubuhan Mayalsia.

Sehubung itu pembentukan kerajaan baru Kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada tarikh berkenaan dan sekaligus mengakhiri zaman kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Malaysia.

Walaupun teori ini dianggap gimik oleh pihak BN tetapi ia tetap membimbangkan BN. Teori ini menjadikan anggota BN sendiri berbelah bahagi dan yang tidak nyenyak tidur.

Kedua ialah mengenai usaha di kalangan Pas yang kini sedang mengatur dan mencari ruang untuk berbaik dengan Umno.

Dengan menggunakan alasan politik Melayu dalam situasi bahaya dan kedua parti itu perlu berbaik demi menjamin kesenimbungan politik dan masa depan Melayu, Pas dikatakan bersedia untuk berbincang dengan Umno, begitu Umno menanti Pas membuka mulut saja.

Untuk tujuan itu Majlis Syura di mana statusnya paling tinggi dalam hierarki organisasi Pas dikatakan telah mengeluarkan pandangan bahawa tidak menjadi kesalahan Pas berbincang dengan Umno.

Pandangan majlis syura itu dilihat sebagai satu perkembangan baru dalam senerio politik Pas.

Justeru ada pihak bertindak atas pandangan majlis syura berkenaan berusaha secara individu oleh pemimpin Pas termasuk pemimpin tertinggi.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang juga dikatakan tidak melarang usaha menyatukan Pas dengan Umno. Usaha ini sedang dilakukan tetapi secara senyap.

Titik tolak kepada usaha ini juga dibuat kerana mereka tidak percayai kepada ketulusan dan sikap politik orang yang diletakkan untuk mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Berpandukan kepada pengalaman lalu Pas begitu waspada dengan political animal Anwar Ibrahim.

Kalau ada di kalangan Pas merasa serit dengan peristiwa Pas ditendang dari BN tahun 1974 dulu, begitu juga ada di kalangan tokoh Pas merasa perit dengan Anwar Ibrahim semasa Penasihat Umum PKR itu menjadi orang nombor dua dalam Umno kira-kira 12 tahun lalu.

Lantaran itu wujud percanggahan pendapat di kalangan Pas mengenai perkara ini. Mereka yang percaya dan bersikap liberal mempercayai kepada Anwar dan menolak apa juga usaha dan alasan agar dicari pendekatan dengan Umno.

Sebaliknya mereka yang sangsi kepada Anwar cuba mencari alternatif baru dengan menghulurkan tangan persahabatan dengan Umno.

Yang bakal menentukan apakah usaha pendekatan Pas dengan Umno ini berjaya atau tidak ialah ahli-ahli Pas sendiri.

Dipercayai muktamar Pas tahun ini akan membuat ketetapan berhubung langkah-langkah ini dan sekaligus menjadi muktamar berkenaan panas dan hangat.

Adalah diyakini muktamar akan memutuskan bahawa pakatan dengan Umno mungkin ditamatkan. Ini kerana sikap Mursyidul Am Pas yang berkali-kali menjelaskan beliau (Pas) sudah serit untuk berbaik dengan BN.

Suara dan pandangan Mursyidul Am Pas sering diterima walaupun tidak betul tetapi atas nama dan kapasitinya sebagai Mursyidul Am jarang ahli Pas membantahnya.

Ketiga, mengenai pergolakan di dalam Umno, di mana ada usaha oleh puak-puak Mohd Najib Razak untuk menjatuhkan Abdullah secara terhormat.

Mereka berusaha agar pelan peralihan kuasa berlaku sebelum Disember ini dimana Najib diharap akan mengambil tempat Abdullah.

Gerakan ini sekarang proaktif di mana ia disertai sama oleh Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang akan mendapat tuah dan laba besar daripada peralihan kuasa ini dikatakan bergerak sekali dengan Najib.

Para penyokong dan pencacai politik Muhyiddin bergabung tenaga secara tidak nyata dengan orang-orang Najib.

Tindakan Muhyiddin yang mengistyharkan beliau akan merebut jawatan timbalan presiden adalah strategi beliau memaksa Najib berganjak ke atas.

Tektik dan politik Muhyuddin ini katanya sudah dicurigai Abdullah menyebabkan Abdullah kini benar-benar tidak senang dengan tindak tanduk politik Muhyiddin.

Manakala Muhyiddin kini dikatakan berada dalam dilema sekiranya Najib tidak berganjak beliau bakal menghadapi masalah. Bidalan kerana santan pulut binasa kini katanya sedang melanda Muhyuddin.

Keempat mengenai usaha Ku Li untuk melawan Abdullah. Ku Li kini sedang mengatur dan mencatur politik dalaman Umno untuk membolehkan beliau layak bertanding merebut jawatan presiden Umno.

Apakah Ku Li berjaya melepasi sekatan yang mengenakan kuota 30% itu ataupun tidak. Dalam usaha ini Ku Li sudah menjelajah hampir ke seluruh negara bagi memastikan beliau cukup pencalonan untuk menentang Abdullah.

Sekiranya Ku Li mendapat 58 pencalonan, ia sesuatu yang menarik dan ada yang menjangkakan keadaan itu menyebabkan Abdullah akan menerima nasib seperti Ghafar Baba dalam tahun 1993 dulu sewaktu diasak oleh Anwar Ibrahim.

Kelima ialah mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim akan kembali kepada Umno. Walaupun Anwar menafikan kemungkinan ini tetapi ia tidak mudah diterima oleh umum.

Ada keperluan dan logik kalau kemungkinan ini berlaku. Keperluan dan kekosongan dalam politik semasa membawa kepada kemungkinan itu.

Abdullah tidak mustahil akan berkomplot dengan Anwar dalam mengukuhkan kedudukannya sekiranya beliau mendapat tentangan daripada Najib.

Kalau Najib terikut dengan pandangan Muhyiddin sehingga merempuhnya, tidak mustahil Abdullah akan mengundang Anwar menyertai Umno.

Kemasukan bekas orang kanan Anwar ke dalam Umno, Mohamad Ezam Mohd Nor, membuka lagi ruang dan perkiraan ke arah itu.

Walaupun Ezam menjelaskan kemasukannya ke dalam Umno tidak ada kena mengena Anwar sebaliknya kerana beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar dalam PKR kini, itu hanya kenyataan politik yang boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran.

Keenam, apakah ada parti komponen BN yang akan meninggalkan komponen itu dalam masa terdekat ini. Khabar angin tersebar luas kononnya ada sebuah parti komponen akan meninggalkan BN.

Perkara ini bukan diuar-uarkan oleh pihak pembangkang sebali ianya dinyatakan sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Walaupun ada parti-parti tertentu telah menafikan dan sekaligus menyatakan kesetiaan mereka kepada BN, namun semua itu tidak dapat menutup percakapan umum mengenai perkara itu.

Hari ini mereka boleh menafikan, tetapi esok lain jadinya. Sudah banyak keadaan demikian berlaku dan inilah menyebabkan orang ramai tidak mudah untuk mempercayai apa saja cakap malah janji dan sumpah dalam politik.

Kesimpulan antara teori-teori itu yang manakah akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Sama-samalah kita menunggunya. Boleh jadikan juga keenam-enam itu tidak akan menjadi kenyataan dan hanya asap dan kabus sahaja.

Selasa, Jun 17, 2008

MAS dan Air Asia perang lagi...

0 Komen!!!
Nampaknya perang anatara MAS dan Air Asia semakin menjadi-jadi. Sebelum ini isu persaingan Tiket Percuma dan sekarang ini.

Manurut laporan Bernama Malaysia Airlines telah menarik balik kemudahan diskaun tiket yang lumayan yang diberikan kepada Ketua Eksekutif Kumpulan Air Asia Datuk Tony Fernandes sejak dua tahun lepas, dengan alasan tekanan dari kesatuan sekerjanya yang tidak berpuas hati dengan pemberian hak istimewa itu. Penarikan hak istimewa itu berkuatkuasa 1 Jun 2008.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Datuk Tony Fernandes berkata rakan sejawatnya dalam Malaysia Airlines (MAS) bersikap "kebudak-budakan" kerana menarik balik diskaun lumayan yang dinikmatinya dalam penerbangan MAS. Fernandes memberitahu Bernama malam ini diskaun seperti itu sebenarnya "amalan standard" serupa dengan yang diberikan kepadanya oleh syarikat penerbangan seperti Cathay Pacific, Virgin, Qantas dan sebagainya.

"Ia adalah budi bahasa yang dihulurkan kepada CEO syarikat penerbangan. Sama seperti dalam muzik industri, saya memberikan CD percuma kepada Warner Music atau sebaliknya," kata Fernandes, yang menceburi industri muzik sebelum beliau memulakan AirAsia enam tahun lalu, yang kini berkembang menjadi syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia, demikian menurut Bernama.

Agaknya apa hendak jadi antara MAS dan Air Asia ni, nampaknya macam ada perang besar je. Yang teruknya mereka yang berperang kerajaan juga dapat malu.. Siapa nak tanggung..

TDM - tiada pertandingan kerusi Presiden UMNO

0 Komen!!!
Menurut TDM bahawa tiada pertandingan kerusi Presiden UMNO pada pemilihan yang akan datang.

Manurut beliau, nampaknya kompromi antara Pak Lah dan Najib menyebabkan tiada pertandingan. Katanya di dalam blog beliau :"Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding".

Harga minyak cecah paras tertinggi baru ; 140 USD

0 Komen!!!
LONDON, 16 Jun - Harga minyak mentah melonjak ke paras tertinggi baru menghampiri paras AS$140 setong hari ini, di sebalik berita bahawa Arab Saudi bersedia meningkatkan pengeluarannya untuk mengekang kenaikan harga yang mengancam pertumbuhan ekonomi.

Kontrak utama minyak di pasaran hadapan New York, minyak mentah light sweet bagi hantaran bulan Julai telah mencapai AS$139.89, mengatasi paras tertinggi sebelum ini AS$139.12 yang dicatatkan pada 6 Jun.

Kontrak hadapan itu kemudiannya menyusut sedikit ke paras AS$138.35 setong, iaitu AS$3.49 lebih tinggi berbanding paras penutup Jumaat lalu.

"Cadangan semasa Arab Saudi itu akan meningkatkan pengeluarannya kepada 9.7 juta tong sehari pada bulan Julai, kadar pengeluaran bulanan yang tertinggi sejak Ogos 1981 seperti mana dilaporkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) hujung minggu lalu,'' kata seorang penganalisis minyak di Barclays Capital, Kevin Norrish.

"Bagaimanapun, kami berpendapat usaha itu tidak cukup untuk mengubah keadaan (kenaikan harga) berikutan jangkaan imbangan penawaran dan permintaan yang ketat.

Lampu hijau dah dapat, jadi bila lagi hendak bertindak?

0 Komen!!!
Semalam Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur memberikan lampu hijau kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahkamah akan memutuskan:

Pertama, sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyai hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya; dan,

Kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Pada 23 Dis 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Tun Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Tun Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkuasakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undang-undang oleh Tun Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri.

Anwar diwakili peguam Karpal Singh, Ram Karpal Singh, S.N.Nair dan Nicholas Netto. Beliau tidak hadir di mahkamah.

Terdahulu Karpal Singah berhujah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan orang yang membuat keputusan untuk memecat Anwar daripada jawatan Kabinet dan menggugurkan beliau berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept 1998 tanpa sebarang penunjuk bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dinasihati beliau sebelum beliau (Tun Dr Mahathir) menyediakan dan menyerahkan surat pemecatan kepada Anwar.

----------------------------------------------------

Nampaknya semakin menarik senario politik negara ini. Apa lagi Anwar bila lagi nak bertindak. Nampaknya pada zaman Pak Lah ini Anwar semakin seronok...

PAS sekali lagi berangan...

0 Komen!!!

Sekali lagi PAS berangan...

Pas sekali lagi mencuba menjadi juara bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat. 14 Jun 2008 yang lalu Naib Ketuanya Azman Shapawi Abdul Rani kata : Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, siasah syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Tetapi hari ini pemuda DAP dan PKR sebulat suara untuk menolak usaha pemuda PAS ini. Nampaknya 2 lawan 1..

Malaysia Kini melaporkan Pergerakan Pemuda dua parti itu juga menggesa Pemuda PAS agar memikir kembali saranannya untuk menegakkan peraturan Islam seperti pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak dan etika pakaian di pejabat.

Setiausaha Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook dan naib ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Amiruddin Shari diminta mengulas kenyataan naib ketua Pemuda PAS, Sabtu lalu.


"Tidak ada satu parti yang boleh mengemukakan dan melaksanakan agenda sendiri tanpa rujukan dan persetujuan kepemimpinan Pakatan Rakyat."

Jadi macam mana PAS... Nampaknya usaha PAS membawa Islam ke dalam Pakatan Rakyat gagal..


PAS masih bermimpin disiang hari... PAS masih terlupa bahawa PAS adalah orang Melayu dan Islam.. Usaha PAS yang dianggap 'pro' Melayu dan Islam pasti akan dihalang..

Sebabnya jelas DAP ialah parti yang bersifat Cuivinisme manakala PKR menganggap ianya parti yang bercampur antara kuam dan hakikatnya gen bukan Melayu dan bukan Islam lebih kuat dari Melayu dan Islam.



Lihat Link ini:
Siasah syariah di negeri Pakatan
Syariah : Jangan gagalkan Pakatan
PAS, Don’t fall for UMNO’s Trap!

Kongsi Link Anda