Popular Today

Sabtu, Mei 10, 2008

Hak Melayu kekal, PAS tetap pertahan kontrak sosial - Salahuddin

Hashim Abdullah
Fri | May 09, 08 | 9:08:25 am MYT
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - PAS akan mempertahankan kontrak sosial selagi mana ia dapat melindungi hak-hak orang Melayu dan bukan Melayu kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Ketika menjawab soalan pemberita di lobi Parlimen semalam, beliau berkata prinsip mendapatkan keadilan menjadi prinsip utama, mengapa setiap ahli Parlimen PAS berada di Parlimen mempertegaskan sikap mereka.

"PAS berperanan mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bukan Melayu, perkara ini tidak pernah berubah dan inilah yang menyebabkan kita berada disini (Parlimen)," katanya.

Dalam pada itu isu permuafakatan Melayu terus mendominasi perbincangan ahli-ahli Parlimen semasa perbahasan menjunjung titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Sementara, dilobi Parlimen Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang terutama dari PAS menjadi sasaran utama pertanyaan-pertanyaan oleh wartawan-wartawan yang mahukan sikap dan prinsip perjuangan mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar pula menyifatkan perpecahan apa yang berlaku kepada orang Melayu berpunca daripada Umno yang mengamalkan politik perpecahan.

"Di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat mereka gangu Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK). Mereka tubuh Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri-negeri diperintah pembangkang. Ini semua kerja jahat Umno," katanya. - mr

Laporan Harakah 10/5/08

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda