Popular Today
Jumaat, November 27, 2009
Selamat Hari Raya Aidiladha
Khamis, November 26, 2009
Husam Tidak Mahu Jawatan MB Kelantan - berlawok!!!!!....
Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.
"Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.
"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down sindrom di Kampung Becah Keranji, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.
Ulasan Aspirasi - Nampaknya semua cerita yang berlaku di Kelantan dah nak sampai penghujungnya.... memang ada usaha pihak tertentu nak turunkan Nik Aziz dan jadikan sebagai MB....
Kita mengetahui Datuk ahmad Yaakob jika dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan bersifat sementara sahaja... kerana desakan untuk Husam menjadi MB sangatlah hebat...
Apatah lagi Husam di sokong ANwar Ibrahim yang menjadi mentor beliau...
Kalau tidak pun Husam pasti menerima jawatan MB atas alasan akar umbi hendak beliau... biasalah orang politik... bab pusing-memusing memenag mereka cekap sekali... apatah lagi pemimpin PAS memang pandai spin 'cerita'..
jadi kisah, menantu Nik Aziz, pemecatan kikcdefella,isu tajaan Nik Aziz, Husam nak letak jawatan telah menjurus kepada suatu perkara... iaitu Nik Aziz perlu turun sebai MB... dan gantikan Husam sebagai Mb...
Rabu, November 25, 2009
Muhyidin : Tengku Razaleigh diminta fikir mendalam mengenai kaukus Petroleum
Timbalan Perdana Menteri berkata, pada dasarnya Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti iaitu bekerjasama dengan parti pembangkang yang melibatkan dasar-dasar kerajaan.
Rasanya elok sangatlah amaran ini dibuat awal-awal supaya tengku Razaliegh ingat semula beliau berasal dari parti mana. Jika beliau sayangkan UMNO pastinya tindakan beliau akan mengganggu UMNO.
Namun kita mengetahui sikap pertentangan tengku Razaleigh ni dah memang sifat UMNO kelantan ni kebanyakkannya membelakangkan kesetiaannya kepada parti. Sebab itu kita lihat sehingga hari ini Kelantan masih tidak dapat ditawan lagi. Bukan setakat UMNO di sana berpecah belah, selalu cha keting, tetapi kesetiaan kepada parti amat tipis sekali. Apatah lagi rakyat Kelantan pula bermuka-muka, depan lain nampak sokong tetapi di belakang membantah....
Mungkin ini pula berbeza dengan UMNO Johor, mungkin mereka ada masalah dengan orang tertentu tetapi kesetiaan mereka terhadap UMNO tetap menjadi keutamaan... apatah lagi pemimpin UMNO Johor yang tegas menyebabkan mereka sentiasa konsisten terhadap perjuangan dan dasar parti...
Syabas Muhyidin... sudah tiba masanya UMNO bersikap cermat dan tegas... bertindak sebagai satu pasukan...
Benarkan Banggarma keluar Islam - apa kata Pas?
Presidennya Dr Thomas Philips berkata wanita itu harus dibenarkan memilih agama yang diingininya kerana pertukaran kepada Islam dibuat semasa beliau masih kecil dan tidak pernah menghayati agama barunya itu.
Banggarma (kiri), juga dikenali Siti Hasnah Vengarama Abdullah, mendakwa agamanya ditukar sewaktu berada di rumah kebajikan di Kepala Batas kira-kira 20 tahun lalu sewaktu usianya masih 7 tahun.
Sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mendakwa agama wanita 27 tahun itu ditukar oleh bapanya sendiri di Rompin, Pahang sewaktu usianya setahun.
Jawapan JKM ini berhubung perkara tersebut bagaimanapun dipertikaikan oleh Banggarma, antaranya kerana beliau tidak mempunyai dokumen seperti didakwa jabatan tersebut.
Ulasan Aspirasi : Jadi apa kata PAS? nak tahu juga pendapat pemimpin 'parti Islam' ni? ataupun akan membisu sahaja?
BTN Racist - Selangor rasmi boikot program BTN
Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.
Tiga buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS.
Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinisasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa."
Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam gabungan pembangkang itu menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.
ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
Ulasan Aspirasi : Bumi dipijak milik orang... memang benarlah lirik dalam lagu warisan!!! Melayu bersedia untuk dijajah!!
Kisah Kezaliman Dan Penyelewengan Di MPKB-BRI - Kota Bharu, Kelantan.
Salam,
Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas bawahan "hamba abdi" di MPKB-BRI... Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam.
Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji...
Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB -BRI… kononnya "Serambi Mekah"… Bandaraya Islam.
Untuk makluman penbaca, kawan saya ni tak pernah miss pangkah PAS dan bantu PAS (tanpa upah) setiap kali pilihanraya baik umum atau kecil diadakan.
Inikah Model Majlis Bandaraya Untuk Negeri Dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat..?
Senarai kezaliman MPKB - BRI kepada pekerja dan juga sedikit kepincangan/kelemahan dalam MPKB - BRI:
- Kami diarahkan buat kerja lebih masa (overtime) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian… Ini amatlah zalim dan kejam..!
- Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong (melencong) beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alasan "Lawatan Sambil Belajar" tetapi dalam masa yang sama memaklumkan kepada kami bahawa pada ketika ini MBPK - BRI menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu untuk membayar gaji kerja lebih masa (overtime) kami dalam bentuk wang,
- Hanya ada 1 benda sahaja perubahan yang dibuat oleh MPKB-BRI iaitu penstrukturan system jalan-raya/aliran trafik didalam kawasan seliaan MPKB - BRI.
- MPKB-BRI sudah "papa-kedana"... banyak harta (aset) MPKB-BRI telah dijual... malahan bangunan MPKB - BRI sekarang disewa dengan PKINK.
Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada EXCO yang memegang portfolio MPKB - BRI, ahli-ahli majlis MPKB - BRI , pegawai-pegawai atasan/pengurusan MPKB-BRI.
Kami diugut akan dipecat/dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB - BRI jika perkara ini sampai kepengetahuan pihak kerajaan negeri/awam.
Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU-13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.
Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN Kelantan sekalian.
Bukan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi kami mahukan "KEADILAN/PEMBELAAN".
KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB - BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH, ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB - BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO' HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.
Kami sayangkan PAS yang memerintah negeri kami.
Selama ini kami diam dan hari ini kami merasakan ada sedikit kekuatan untuk bersuara selepas melihat krisis didalam PMBK yang akhirnya berjaya ditangani oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sebaiknya.
Kalau tiada tindakan dari sekarang, percayalah bahawa PAS akan tumbang dalam PRU-13 di Kelantan dan yang menumbangkan PAS itu tak lain tak bukan ialah kami yang selama ini diabaikan.
HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.
INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN.
Sumber : Perisik Rakyat
Integriti tinggi...Piiirah!!!
Kalau nak sebut tentang integriti tinggi sepatutnya Nik Aziz tak patut lantik menantunya Ariffahmi... tak kan ni pun nak di beritahu Tok guru wei!!!
Kalau nak sebut juga tentang integriti sepatutnya Nik Aziz pecat je Ariffahmi awal-awal lagi, ini tidak selepas desakan PAS Pusat, Kickdefella dan sebaginya barulah tindakan pecat dibuat... kalau tiada desakan mungkin Ariffahmi masih pegang jawatan tersebut...
Apatah lagi sekarang kelantan sedang bermaslah walaupun mereka menafikan “Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini. Tok Guru buktikan beliau bercakap dan buat apa yang dia cakap. Ini satu integriti yang ditunjukkan seorang Menteri Besar Kelantan,” katanya.
kalau Kelantan tak bermasalah, bukan setakat menantu, anak dan bini Nik Aziz pun akan jadi CEO kepada anak syarikat kerajaan kelantan...
Integriti Tinggi.... PiiiiRah!!! makan rasuah adalah!!!!
Kota Siputeh: Mahkamah tangguh DUN kosong
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.
Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.
Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.
Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.
Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.
Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.
"Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.
Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.
Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.
Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon. - Malaysiakini
SPRM teruskan siasatan terhadap Ariffahmi
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kes yang membabitkan menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan disiasat sebagaimana lain-lain kes seumpamanya.
"SPRM akan meneruskan siasatan berhubung kes ini walaupun penjawat berkenaan telah meletakkan jawatan.
"Setelah selesai, kertas siasatan akan dihantar ke jabatan undang-undang bersama bahan bukti yang dikumpulkan sebagai rujukan.
"Kemudian barulah Bahagian Pendakwaan memutuskan sama ada untuk melakukan pendakwaan atau tidak," ujar sumber itu.
Difahamkan, SPRM telah menyiapkan kira-kira 60 peratus siasatan berhubung kes itu dan kini masih mengumpul bahan bukti termasuk dokumen yang diambil di pejabat PMBK.
Abdul Ariffahami dilanda kontroversi apabila SPRM mula menjalankan siasatan ke atasnya kira-kira dua minggu lalu.
Hari ini, media melaporkan beliau telah diarahkan oleh Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan setelah rombongan pimpinan Pas Pusat yang diketuai oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menemuinya semalam.
Mereka menasihatkan Nik Abdul Aziz agar menjaga nama baik kepimpinan Islam khasnya Pas dan langkah sewajarnya ialah agar Abdul Ariffahmi mengundur diri.
Abdul Ariffahmi yang bersedia berbuat demikian bagaimanapun masih belum memutuskan bila akan meletakkan jawatan.
Usaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau gagal setelah Abdul Ariffahmi enggan menemui pihak media yang datang ke pejabatnya di sini hari ini.
Raja Petra hilang 7 bulan bersembunyi di Melbourne
Menurut sumber, siasatan mendapati Raja Petra lari dari Malaysia menuju ke Thailand melalui jalan haram dan menaiki penerbangan terus ke Australia.
"Rekod imigresen menunjukkan dia tidak keluar dari negara ini, namun siasatan lanjut mendapati Raja Petra keluar melalui laluan haram ke Thailand beberapa bulan lalu.
"Maklumat mendapati dia kemudian menggunakan jalan serta dokumen sah untuk ke Australia," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, polis bagaimanapun masih menyiasat lokasi persembunyiannya di negara berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net, pada 25 April 2008.
Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini pada 18 Jun tahun lalu.
Mahkamah Sesyen, pada 11 dan 13 November lalu membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi hanya berkata polis masih menyiasat lanjut. - Berita Harian
Selasa, November 24, 2009
ada pihak dalam PR nak singkirkan Nizar
Ketika Pakatan Rakyat memenangi Perak selepas PRU-12 dulu, pelabagai kemelut melanda dalam isu pemilihan MB. Yang menarik perhatian aku, terdapat seorang calon yang kalah memohon kepada Anwar Ibrahim untuk meletakan beliau sebagai MB.
Kini individu itu telah kembali. Aku sedang memerhatikan apakah kembalinya individu itu atas nawaitu yang sama? Sekiranya selepas PRU-13 Pakatan Rakyat menguasai Persekutuan dan Nizar diletakkan di persekutuan dan individu ini diletakkan sebagai MB, aku no hal!
Tetapi sekiranya Pakatan tidak dapat menguasai persekutuan dan individu ini meneruskan nawaitu dan menyingkirkan Nizar? kemelut yang besar akan melanda! Nizar adalah idola pengundi Perak pro Pakatan Rakyat!
Kalau betul bloger ni sebut, rasanya rakyat nak tau juga sipa individu tersebut... tapi nampaknya beliau adalah orang PKR kerana dikatakan beliau berjumpa ANUwar untuk meletakan beliau sebagai MB...
Sumber : Perakume
Chin Peng: Tiada Maaf Bagimu - Muhyiddin
Beliau berkata seperti pendirian yang dibuat sebelum ini, kerajaan prihatin atas sentimen rakyat yang masih marah atas keganasan yang dilakukan oleh pemimpin komunis itu semasa darurat dahulu.
"Sebab-sebabnya umum sudah tahu masih ramai di kalangan rakyat yang waktu darurat dulu menghadapi musibah daripada keganasan yang sehingga hari ini mereka tidak boleh lupakan.
"Sebagai kerajaan yang prihatin atas sentimen rakyat yang masih membara itu, kita memutuskan untuk tidak bersedia menerima walaupun dia memohon maaf," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-7, di sini Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan maaf bekas pemimpin PKM itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar Inggeris tempatan pada Isnin.
Bagaimanapun, katanya jika ada perubahan dari segi keputusan, perkara itu perlu dibincang semula dalam Kabinet tetapi keputusan yang sudah dibuat itu masih lagi kekal.
Pada Isnin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengingatkan bahawa tidak perlu ada sesiapa lagi menemui Chin Peng dan membangkitkan tentang bekas pemimpin PKM itu yang telah banyak membawa durjana kepada negara.
Katanya banyak perbincangan telah dibuat mengenai Chin Peng dan keputusan telah diambil oleh rakyat bahawa ketua pengganas itu ditolak sepenuhnya di negara ini.
-- BERNAMA
Banjir semakin buruk dan politik kelantan semakin huru hara
Ianya berikutan Pas Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan Nik Aziz supaya mengarahkan Ariffahmi meletak jawatan bagi menjaga nama baik parti.
Bekas Pengarah Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga penulis blog Kickdefella berharap peletakan jawatan Ariffahmi akan mengembalikan hak rakyat.
Laporan berita hari ni pula, Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang dilihat "keletihan" dalam mengharungi politik dalaman PAS negeri itu, menjadi punca tercetusnya spekulasi beliau mahu meletak jawatan dalam parti dan kerajaan, kata seorang pemimpin PAS negeri itu.
"Sampai satu masa, dia pun letih, banyak masalah, banyak tanggungjawab yang dipegangnya. Saya dengar sudah dua tahun dulu lagi perkara ini sudah disebut," kata anggota jawatankuasa PAS negeri yang enggan dikenali.
Manakala perkembangan Keadaan banjir di Pantai Timur terutamanya Kelantan semakin buruk dengan cuaca gelap dan hujan renyai-renyai di negeri itu menyebabkan mangsa di pusat pemindahan banjir meningkat kepada 3,787 orang berbanding 3,303 orang semalam.
Macam-macam berlaku di Kelantan... dari serambi menjadi menjadi serambi RASUAH dan kini jadi pula serambi MASALAH....
KERAjaan PKR Selangor 'Flip Flop'
Beberapa hari lepas Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan akan mendedahkan laporan mengenai runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa..
Namun semalam Khalid Ibrahim membatalkan hasratnya menerbitkan dokumen sulit laporan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu setelah kerajaan persekutuan membantahnya.
Sekali lagi Khalid Ibrahim sengaja nak 'framing' kerajaan persekutan mengenai kewajaran tindakan beliau untuk mendedahkan laporan tersebut. Kerana Khalid gagap sepatutnya mengetahui bahawa laporan tersebut diklafikasikan sebagai rahsia dan tidak boleh didedahkan jika tiada kebenaran jemaah menteri.
Jadi tindakan khalid gagap hanyalah untuk populariti politik semata-mata. Jadi jika Khalid gagap nak popular sangat dedahkan sahaja laporan tersebut apatah lagi beliau mengatakan "Setelah membaca laporan tersebut, kerajaan negeri percaya ia tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara," kata Abdul Khalid lagi.
Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.
Jadi atas kononnya atas dasar moral jadi kita perlu cabar Khalid Ibrahim dedahkan sahaja laporan tersebut, nak buat apa takut kepada jemaah menteri!!
Sebab itu kita mengatakan kerajaan PKR Flip Flop sebab keputusan sekejap boleh dan tidak boleh di buat KERAjaan PKR Selangor... bukanlah kerajaan pusat.....
Isnin, November 23, 2009
DUN Kota Siputeh akan beraya lagi!!
Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan selewat-lewatnya, Rabu ini. - Berita Harian
Nasharuddin dikejarkan ke IJN selepas mengadu sakit dada
Timbalan Presiden Pas itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada Ahli Parlimen Tumpat, daripada Pas Datuk Kamaruddin Jaffar.
Beliau kemudiannya dilihat dibawa dengan kerusi roda ditemani Kamaruddin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.40 pagi k IJN.
Mahfuz ketika ditemui pemberita berkata, Nasharuddin pada mulanya mengadu sakit otot di bahagian dada dan selepas pemeriksaan di klinik tadi, beliau dinasihatkan untuk ke IJN bagi pemeriksaan selanjutnya.
Beliau bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut mengenai keadaan Nasharuddin.
Komen Aspirasi : semoga cepat sembuh ustaz.. ramai yang tak sabar nak jawatan Timbalan Presiden tu...
Ahad, November 22, 2009
Jangan politikkan pendidikan
SAYA amat berharap kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) supaya membantu 60 Chinese Independent Secondary School serta mengiktiraf sijil yang dikeluarkan.
Cukuplah dengan lebih 1,300 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang sedia ada dan akan bertambah dari masa ke semasa. Pemisahan di sekolah rendah sudah cukup berat bagi kita untuk memperkasa masa hadapan. Apakah kita mahu terus memisahkan mereka apabila berada di sekolah menengah? Ini belum ditambah dengan IPTS yang berasaskan kaum yang begitu ketara bilangannya. Apakah ini semangat 1Malaysia?
Di sekolah vernakular, bahasa Melayu hanya diajar tiga kali dalam seminggu. Apakah mereka ini boleh menguasai bahasa kebangsaan dengan baik? Buatlah kajian. Lihat sahaja keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pelajar-pelajar ini dalam bahasa Melayu dan kelas peralihan. Itu sudah cukup memberikan gambaran.
Selepas itu buatlah bancian di kampung-kampung baharu. Nilailah tahap penguasaan bahasa kebangsaan. Saya bukan anti Cina. Saya amat sayangkan bangsa saya sebab mereka adalah juga kejadian Allah. Jika saya menolak mereka, bermakna saya menolak Allah yang menjadikan saya sebagai orang Cina. Apakah saya anti-Cina bila membangkitkan isu ini?
Biarlah kita bergaduh hari sekarang demi masa depan. Mudah-mudahan anak cucu cicit kita sejahtera hidup selepas ini. Kepentingan mereka mesti diutamakan berbanding kepentingan kita.
Sebelum tahun 1996, kita ada Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21 (1B) yang memberi kuasa kepada menteri pelajaran untuk menutup atau memansuhkan SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Akta ini amat ditakuti oleh persatuan-persatuan Cina. Mereka telah merayu dan mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta ini. Atas dasar tolak ansur, pada tahun 1995, menteri pelajaran ketika itu mengambil keputusan berani memenuhi hasrat kaum Cina dengan menarik balik kuasa atau peruntukan itu apabila membentangkan Akta Pelajaran baru pada 1996 yang lebih lunak.
Akta Pelajaran 1996 yang diperkenalkan masih lagi tidak dipersetujui oleh segelintir ultra kiasu. Ultra kiasu ini berpendapat, pindaan terhadap Akta Pelajaran 1961 kepada 1996 telah menyelesaikan satu masalah dengan memansuhkan Seksyen 21 (1)(b), tetapi menimbulkan masalah baru dengan tambahan Seksyen 17 (1).
Kuasa baru
Menurut mereka, Seksyen 17 (1) telah memberi kuasa baru kepada menteri pelajaran untuk memaksa sekolah vernakular menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Ultra kiasu berhujah, akta sebelumnya hanya menghalang sekolah rendah tetapi kini akta baru itu membolehkan kementerian menghalang daripada pendidikan pra- sekolah hingga kepada pendidikan selepas peringkat menengah. Berdasarkan kepada Seksyen 28 dalam akta baru itu, hanya sekolah vernakular milik kerajaan negeri atau yang diberi ‘kebenaran khas’ oleh menteri pelajaran, yang mungkin dikecualikan daripada peruntukan di bawah Seksyen 17 (1).
Sebenarnya, Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 ‘lebih lembut’ berbanding Akta Pelajaran 1961 yang dimansuhkan. Tidakkah ini satu toleransi? Sanggup korbankan kuasa semata-mata untuk meraikan orang lain.
Kepada golongan ultra kisu yang selalu menentang saya bacalah akta ini dan bandingkan dengan akta sebelumnya. Siapakah yang menggubal akta ini kalau bukan Perdana Menteri kita hari ini yang ketika itu adalah menteri pelajaran. Menteri pelajaran sebelum itu, langsung tidak mahu bertolak ansur. Siapakah dia? Tanyalah sekutu parti ultra kiasu ini.
Sekumpulan ultra kiasu ini tidak pernah bersyukur, apatah lagi untuk menghargai. Saya tidak nampak beza SJKC dengan sekolah Cina di negara China dari segi bahasa, kecuali tambahan mata pelajaran bahasa Melayu 3 jam seminggu?
Saya teringat kata-kata Khoo Kay Kim, sistem pendidikan hari ini mesti memenuhi keperluan 1Malaysia. Sistem pendidikan pelbagai tidak akan membantu rakyat memahami gagasan tersebut. Kanak-kanak dipisahkan sejak kecil. Kay Kim amat kesal dengan segelintir pihak yang mempertahankan sekolah berasaskan kaum ini.
Saya berharap mereka yang terlalu banyak bercakap mempertahankan sekolah vernakular supaya membuat kajian secara menyeluruh. Jangan asyik menyalahkan kerajaan sahaja. Apakah agenda mereka?
Jika mahu mempertahankan warisan nenek moyang, jagalah budaya dan cara hidup semua sekali? Jangan hanya isu bahasa sahaja, sebab isu bahasa adalah masalah negara. Saya minta mereka buat kajian tentang prestasi bahasa Melayu (BM) sekolah vernakular.
Pertama, kebolehan dan keupayaan memahami dan bertutur dalam BM, kedua, peratus kegagalan BM, ketiga, masalah kelas-kelas peralihan dan masalah komunikasi antara pelajar dalam BM, keempat, pergaulan pelajar peralihan dengan pelajar Melayu. Kelima, kegagalan dan kelulusan rendah dalam BM peringkat PMR dan SPM. Keenam, kefahaman dan kebolehan BM setelah tamat sekolah menengah. Ketujuh, kebolehan bertutur BM di kalangan bukan Melayu.
Kita teramat sedih apabila baru-baru ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar Cina, beberapa pertubuhan Cina seperti Dong Zong, Hua Zong, Persatuan Ketua-ketua Sekolah Cina, Persatuan Alumni Sekolah-Sekolah Cina dan lain-lain persatuan, menentang keras cadangan Kementerian Pelajaran untuk menyeragamkan silibus Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan SJKC.
Untuk makluman, silibus BM di SJKC lebih mudah berbanding SK. Begitulah bersatunya mereka. Apabila belajar BM mahukan yang mudah-mudah (cincai). Belajar bahasa sendiri mesti secara terperinci. Adakah kita sebenarnya serius memperkasakan negara? Adakah ini bukan ultra kiasu? Adakah kita masih tidak nampak dan sedar?
Simplistik
Alasannya begitu simplistik, pelajar-pelajar SJKC tidak boleh dibebankan dengan BM yang agak susah sebab mereka terpaksa belajar tiga bahasa iaitu bahasa mandarin sebagai utama, bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga. Begini nasib bahasa Melayu di bumi Melayu.
Tidakkah kita sedar bahawa BM adalah bahasa yang paling mudah dipelajari di dunia? Memanglah susah kalau hanya diajar tiga kali seminggu di SJKC. Adakah kita serius?
Saya tidak menafikan ada segelintir pelajar Cina yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan amat kecil. Itupun setelah diwajibkan lulus. Bayangkan jika syarat itu tidak ada. Apakah belajar bahasa Melayu kerana terpaksa belajar atau semangat sayangkan bahasa kebangsaan? Fikirkanlah.
Janganlah menegakkan benang yang basah, yang rugi nanti anak cucu cicit kita, ketika itu kita telah tiada. Jangan kerana ego hari ini kita korbankan kepentingan masa hadapan.
Kepada golongan ultra kiasu ini saya ingin bertanya, berikan saya satu contoh negara di dunia ini yang mengamalkan sistem sebegini? Kalau ada saya akan mengalah. Bukankah syurga kita di sini? Jangan selalu gunakan hujah kepelbagaian sebagai satu kekuatan.
Kita perlu mencari banyak persamaan untuk memenuhi matlamat gagasan 1Malaysia. Persamaan itu hanya akan dapat dicapai dengan berkongsi matlamat wawasan negara. Ia bermula dengan berkongsi sekolah satu aliran, tanpa menafikan hak masing-masing.
Jika isu asas seperti bahasa ini pun sudah tidak dipersetujui, apakah dalam perkara lain kita boleh bersetuju? Ringkasnya, sekolah satu aliran adalah satu mimpi jika kita terus berlembut. Kiasu itu dibolehkan. Tidak salah. Malahan Islam membenarkan. Tetapi jangan menjadi ultra kiasu.
Saya juga tidak nafikan guru-guru sekolah vernakular rajin dan dedikasi. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh buat generalisasi bahawa guru-guru sekolah kebangsaan tidak sama standard dengan SJKC. Ingat! Tidak semua guru-guru SJKC bagus-bagus. Saya juga berpengalaman. Saya bukan Cina masuk Melayu atau Cina murtad. Saya hanya mempertahankan kepentingan masa depan dan anak cucu cicit kita. Jangan politikkan pendidikan kerana ia amat bahaya untuk masa depan negara. Jangan nafikan peranan kerajaan terhadap sekolah bantuan modal seperti SJKC. Perlu diingatkan lebih 400 SJKC adalah bantuan penuh dan dibina oleh kerajaan dalam setiap rancangan Malaysia.
Exco Pulau Pinang nafi SMS letak jawatan
PULAU PINANG 22 Nov — Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar Dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang Phee Boon Poh hari ini menafikan khabar angin yang beliau meletak jawatan sebagai Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Phee, yang juga ADUN Sungai Puyu, berkata sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disebarkan sejak beberapa hari lepas menyatakan beliau telah meletak jawatan termasuk dalam parti DAP. "Saya tidak pernah melepaskan apa-apa jawatan dipegang terutama sebagai ADUN dan Exco kerajaan negeri dan penyebaran SMS berkenaan berniat jahat serta cuba menjatuhkan saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menyifatkan penyebaran itu cuba melemahkan parti pakatan yang memerintah beberapa negeri termasuk di Pulau Pinang, beliau berkata: “Ini semua spekulasi dan saya tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh musuh politik yang mahu memecahbelahkan jalinan persefahaman dalam pakatan.” Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata tidak timbul isu peletakan jawatan Phee, yang sebelum ini dikatakan berselisih faham dengan beliau.
"Isu perselisihan faham antara saya dan Phee telah lama selesai. Tidak timbul lagi masalah itu sekarang. Ini semua permainan pihak yang cemburu dengan kesepakatan kami,” katanya tanpa menyatakan perselisihan faham yang timbul sebelum ini.
— BERNAMA
Konspirasi PAS Kelantan - Nik Aziz arah Husam bercuti
Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.
Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.
Namun Pas Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, perkara itu hanya khabar angin dan mereka tidak mahu mencampuri isu yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.
Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.
“Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.
“Nik Abdul Aziz telah mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi tadi. Beliau (Husam) tidak hadir pada mesyuarat ini,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Hari ini, sebuah portal berita melaporkan Husam mendakwa wujud konspirasi untuk menyingkirkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri dengan mencetuskan perbalahan di antara beliau dengan Nik Abdul Aziz.
Malah khabar angin menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu sedang menimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada barisan Exco Kelantan ekoran isu pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai Pengarah Perhubungan Korporat PMBK minggu lalu.
Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.
Sumber itu berkata, dalam tempoh cuti tersebut, Husam juga akan menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.
“Husam sebelum ini beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya beliau menjadi liabiliti kepada parti.
“Tetapi khidmat beliau masih diperlukan dalam membantu Nik Abdul Aziz mentadbir negeri ini,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Zaki menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin.
Katanya, Pas Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena soal politik.
“Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).
“Kita tidak pernah membincangkan soal ini, sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar,” katanya. - utusan
Rabu, November 18, 2009
Hukuman mati : Malaysia perlu contohi demokrasi ala-Iran
18/11/2009 3:01am
TEHERAN 18 Nov. – Sehingga kini seramai lima orang telah dijatuhkan hukuman mati dan 81 lagi dipenjara sehingga 15 tahun ekoran terlibat dengan pertikaian pilihan raya Iran Jun lalu.
Memetik kenyataan daripada mahkamah wilayah Teheran, lima orang yang dijatuhkan hukuman mati itu adalah anggota gabungan `kumpulan penentang revolusi’.
Bagaimanapun ia masih tidak jelas sama ada mereka ini adalah orang yang sama seperti yang dilaporkan oleh kumpulan hak asasi Iran awal minggu ini.
Beribu-ribu orang yang menunjuk perasaan menentang keputusan pilihan raya Iran Jun lalu telah ditahan dan kebanyakan mereka telah dibebaskan, tetapi seratus daripada mereka telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mencetuskan bantahan jalan.
Beberapa orang daripada mereka telah dijatuhkan hukuman penjara. – Reuters
Ulasan Aspirasi : Ramai penyokong PAS yang suka cara Iran berdemokrasi - Rasanya ada 'part' tertentu Malaysia patut contohi demokrasi ala-iran.
Edisi Siasat- Wee Choo Keong MP PKR Penghisap Darah Rakyat
Oleh : Papagomo
Tuesday, November 17, 2009
Wee Choo Keong baru baru ini bercakap gah di dalam parlimen berhubung agenda nya hendak menutup periuk nasi peniaga-peniaga melayu di Bazaria Larut Malam Danau Kota ini. Gomo telah pun membuat pendedahan berhubung kenyataan MP PKR ini. (Klik Disini) Agenda menghalau peniaga Melayu nampaknya menjadi keutamaan kepada Wee Choo Keong ini. Tapi atas sebab apa MP PKR ini menyuarakan di parlimen? Mengapa tidak di suarakan ketidak puashatian dia pada kami para peniaga di Uptown ini? Walhalkan setiap minggu MP PKR ini ada di sebuah restoran Cina yang di bawah jagaannya! Wee Choo Keong ini ada agenda yang lebih halus rupanya dalam isu Uptown Danau Kota ini.
Untuk makluman semua, Wee Choo Keong MP PKR Wangsa Maju ini pernah menimbulkan satu isu berkenaan Plantinum Victory di dalam parlimen pada tahun 2008. Malah MP PKR ini berterusan mengasak DBKL dan mana-mana organisasi dalam berkaitan hal pembinaan. Bukti penghentaman MP PKR ini boleh kita dapati di dalam Blogg beliau sendiri. (Klik Disini)
Aduannya berhubung pembinaan yang di jalankan oleh syarikat pemaju Plantinum Victory bermula pada bulan April 2008 sehingga Ogos 2009 dan berterusan sehingga awal 2009. Asakan demi asakan ini membuatkan Plantinum Victory yang mana merupakan salah satu pemaju yang berjaya di sekitar Lembah Klang ini menjadi kepanasan. Pemilik Plantinum Victory telah menangung kerugiaan apabila selama 3 bulan pembangunan di kawasan Danau Kota di hentikan bagi siasatan. Wee Choo Keong MP PKR nampaknya sudah berjaya dalam agenda nya untuk mengaut LABA dari desakannya itu.
Namun pada awal bulan April 2009 Wee Choo Keong MP PKR Wangsa Maju sudah tidak langsung mengkritik ataupun membuat aduan kemana mana berhubung pembangunan yang di lakukan oleh pemaju Plantinum Victory ini. Kenapa setelah MP PKR ini mengasak dengan cukup hebat ke atas Plantinum Victory ini maka secara tiba tiba MP PKR ini sunyi sepi dari sebarang aduan?
Wee Choo Keong diam dari membuat ganguan ke atas Plantinum Victory kerana sudah pun mendapat Habuan dari pemilik Plantinum Victory ini. Hasil yang lumayan masakan tidak MP PKR ini melepaskan. Apatah lagi pekara ini memang sudah biasa dalam agenda PKR ini. Ternyata asakan MP PKR ini berjaya meraih hasil yang lumayan.
Untuk makluman semua, Lot pejabat ini harga sewaanya adalah di dalam linkungan rm3,500 sehingga rm4,000 bagi sebuah lot. Lot MP PKR ini berjumlah 2 lot dan jika di hitung kadar sewa bulanan dan kos penyelengggaran dan untility keseluruhannya berjumlah rm10,000 lebih kurang. Agak mahal jika ianya di sewa bukan? Namun Wee Choo Keong mampu kerana ianya semua adalah PERCUMA.
Wee Choo Keong berjaya meraih kejayaan nya sebagai MP PKR Wangsa Maju. Berjaya atas usahanya menghisap darah Tauke-tauke kedai, Pemaju dan kontraktor di sekitar kawasan Wangsa Maju ini. Setakat hari ini belum ada apa apa lagi yang MP PKR ini lakukan bagi membantu rakyat di kawasan Wangsa Maju ini.
Kami Bangsa Melayu di sini tidak akan berdiam diri di atas kenyataan MP PKR berhubung aduan nya ke atas para peniaga Melayu di Uptown Danau Kota ini. Kami akan berterusan mendedahkan Kemungkaran dan Korupsi yang Wee Choo Keong lakukan di dalam kawasan kami ini.
Psssttt.....Gomo akan mendedahkan siapa si penghisap darah Wee Choo Keong di post yang akan datang.
Isnin, November 16, 2009
Tun : ANuwar mana tahu pasai ekopnomi!!... pasal xxx tahu la..
Kalau kerajaan Selangor mahukan Anwar menjadi penasihat ekonominya ,itu tak lain tak bukan kerana Anwar mahu membolot harta kekayaan Selangor untuk dibawa ke Pulau Pinang dan untuk menerima segala imbuhan dari kerajaan Selangor.Percayalah walau pun Anwar menerima bayaran elaun simbolik RM1 sebulan tapi percayalah yang Anwar akan mengaut segala kekayaan negeri Selangor untuk kepentingan politiknya nanti.
Yang pandai Anwar lakukan adalah perkara yang kita ketahui sekarang.Sebenarnya itulah kelebihan diri Anwar.Selain itu menipu rakyat adalah satu lagi kelebihan Anwar.
Sumber : Kamalfarsya
Baca Ni..! Kupasan 1 : Transaksi Wang & Saham Azmin & Shamsidar
Nah..! Lihat sendiri dengan mata hati, bukan buta hati… Jelas tak..?
Cashier’s Order nbr : 713017 bernilai RM50,000 dicatit tulisan tangan, saham Mak Azmin
Cashier’s Order nbr : 713018 bernilai RM50,000 dicatit tulisan tangan, saham Azwan
Cashier’s Order nbr : 713019 bernilai RM50,000 dicatit tulisan tangan, saham Azmin
Cashier’s Order nbr : 713020 bernilai RM100,000 dicatit tulisan tangan, saham Shamsidar
[nota: kepada pemimpin pemimpin PKR, sudah pasti mengenali bahawa tulisan tangan tersebut milik Azmin Ali]
Jumlah untuk transaksi yang diatas sebanyak RM250,00. Suatu pembelian saham untuk ahli ahli keluarga sendiri..? Tapi lihatlah juga bagaimana Azmin lebih kasihkan Shamsidar daripada emaknya sendiri, saham untuk emak hanya RM50,000 tetapi buat Shamsidar..? RM100,000..!!
Dsini juga timbul persoalan dari manakah datangnya wang yang sedemikian banyak..? Ini baru satu transaksi, kita difahamkan ada lagi dokumen dokumen akan menyusul, tungguu…!
Tahun 1992, usia Azmin baru 28 tahun. Gaji sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan ketika itu sekitar RM1,900 dan dicampur dengan elaun elaun akan mencecah RM2,200 sahaja..!
Diambil kira sifir mudah, gaji sebanyak RM2,000 jika dihimpunkan selama setahun hanya akan menjadi sebanyak RM24,000, sekiranya Azmin sudah “berkhidmat” dengan Anwar selama lapan [8] tahun sejak 1984, jumlah kasar [gross amount] hanya mampu mencecah RM192,000. Itu pun seandainya Azmin bersikap TIDAK LANGSUNG membelanjakan wang gajinya, mustahil untuk ianya terjadi, setuju..?
Sekali lagi persoalannya, dari mana datangnya wang sebanyak RM250,000 itu…? Diulangi juga, ini baru satu daripada berpuluh-puluh transaksi yang sedang dan bakal dibongkarkan oleh sahabat Blogger kita X-PKR…!!
Wang apakah yang dimiliki oleh Azmin Ali ketika itu..? Jual saham atau jual dot dot dot…??
Dokumen ini turut membuktikan transaksi yang ada computer generated printing dibahagian bawah oleh Bank berkenaan, nombor akaun yang tertera juga dapat dibaca dengan jelas.
Sekiranya ada pihak daripada AMLA – Anti Money Laundering Act 2001 yang membaca serta mengikuti pembongkaran ini, maka perlulah satu Immediate Action “menggali” semula transaksi yang telah dibuktikan…!
Sekian Kupasan 1 dari Medan Info Kita, ada juga kupasan dari Gerakan Anti PKR, klik sini.
Selangor Darul Arak : Tiada zon larangan jual arak
Exco kerajaan tempatan negeri itu Ronnie Liu menjelaskan, Selangor juga tidak menyekat penjualan bir di kedai-kedai serbaneka 24 jam.
Namun usaha untuk mengelakkan produk itu dibeli oleh orang Islam dikawal selia sendiri oleh pekedai berkenaan, tambahnya di persidangan DUN hari ini.
Menjawab satu soalan lisan daripada Yap Ee Wah (BN- Sungai Pelek), Ronnie juga berkata kedai-kedai berkenaan hanya menjual minuman yang mengandungi alkohol tidak melebih 8.8 peratus.
"Semua premis 7-Eleven di Shah Alam hanya menjual arak yang mengandungi kurang daripada 8.8 peratus, ini dikategorikan kepada bir," katanya.
Pemimpin DAP itu menambah, kerajaan negeri turut menetapkan produk beralkohol diasingkan daripada produk-produk lain apabila dipamerkan di dalam kedai.
Jelasnya, pengasingan ini antara garis panduan yang ditetapkan kepada pekedai untuk mengelakkan minuman beralkohol dibeli oleh orang Islam di Shah Alam yang majoriti penduduknya Melayu beragama Islam.
Ronnie juga berkata, pekedai turut diarahkan supaya meletakkan papan tanda khas bagi memberitahu larangan penjualan arak kepada orang Islam dan juga kepada individu bawah 18 tahun.
Katanya, risalah serta poster diedarkan kepada premis-premis berkenaan untuk memaklumkan mengenai larangan berkenaan.
Lagi panas...menantu Nik Aziz didakwa rancang guling Haji Hadi
Oleh : Agenda daily
Kalau betul bagai dikata... kisah Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) makin mengegarkan.
Cerita tajaan Haji yang Menteri Besar Kelantan itu sudah batalkan pemergiannya dan dipersoalkan oleh ramai pihak satu hal.Namun timbul pendedahan terbaru yang pasti bikin kecoh dalam PAS iaitu rancangan Ariffahmi untuk gulingkan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang selepas pilihanraya umum ke 12 yang didakwa ikut kemahuan Nik Aziz.
Pendedahan ini dibuat oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz,bekas Pegawai perhubungan korporat PMBK yang dipecat Selasa lalu oleh Ariffahmi dalam posting di laman blognya http://kickdefella.wordpress.com hari Ahad.
Syed Azidi @ Kickdefella sebelum ini telah mengakui secara terbuka sekalipun secara rasmi bertugas di PMBK tetapi bosnya yang sebenar adalah Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa dan hanya patuh pada arahannya.
Dia mendakwa menantu Nik Aziz itu ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057.
Bagaimanapun Ariffahmi segera menafikannya.Katanya namanya telah didaftarkan sebagai ahli UMNO lama dulu tanpa pengetahuannya.
Beliau juga menegaskan tidak pernah lihat atau menandatangani sebarang borang ahli UMNO .”Saya adalah ahli seumur hidup PAS,” katanya seperti dipetik oleh laman web Malaysia Insider.Beliau menyertai PAS pada tahun 1997 dan memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa PAS Bahagian Machang.
Dalam tulisnya Syed Azidi mendakwa beliau tahu mengenai rancangan Ariffahmi hendak gulingkan Haji Hadi kerana ada dalam pertemuan bersama menantu Nik Aziz itu di Hotel Perdana Kota Bharu tidak lama dulu.
Katanya dia duduk di sebelah Ketua Pemuda PAS yang kini Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub semasa pertemuan itu.
“Naib Presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas PRU ke 12. Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Abdul Ariffahmi di Hotel Perdana sebelum bangunan itu dirobohkan.
“Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam.” tulisnya.
Syed Azidi sendiri tidak pasti samaada rancangan hendak gulingkan Haji Hadi itu datang dari Nik Aziz atau usaha Ariffahmi sendiri.Dalam tulisnya dis semacam bertanya “Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi”.
Kata Syed Azizi lagi “setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik YB Husam tetapi juga berupaya memporak perandakan PAS.”
Bukan saja Syed Azidi – kalau betul apa yang didakwa dalam tulisannya itu – tentu ramai yang turut tertanya apakah rancangan hendak gulingkan Presiden PAS itu usaha peribadi Ariffahmi atau mengikut arahan yang terbit dari bapa mertuanya?
Ini mengenangkan rentetan insiden dimana Nik Aziz sendiri ‘ meletup’ terhadap orang-orang kanan Haji Hadi khususnya Timbalan Presiden PAS ,Nasharudin Mat Isa selepas anak emasnya Husam tewas dalam pemilihan jawatan nombor dua parti itu.
Ia hanya reda seketika setelah pertemuan yang diadakan di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur.
Dan lebih mengejutkan ialah yang terbaru bilamana Nik Aziz mencadangkan diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk buat perhitungan terhadap dua tiga kerat pimpinan PAS termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustapha Ali dan Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali kerana tidak hayati perjuangan sebenar parti.
Kedua mereka juga diketahui orang kanan Haji Hadi.
EGM itu tidak menjadi kenyataan dan sebaliknya PAS hanya mengadakan seminar di Markas Tarbiyah di Taman Melewar dekat Kuala Lumpur.
Tidak ada suara yang menghentam Haji Hadi di seminar itu malah ada yang menilai kedudukannya sebagai Presiden PAS telah diperkukuhkan di majlis berkenaan.
Nik Aziz pula menyuarakan rasa puashati kerana salah satu kertas kerja yang dibentangkan di seminar itu memberitahu kajian menunjukkan sokongan golongan muda terhadap PAS semakin kurang selepas pilihanraya umum ke 12.
Kata Menteri Besar Kelantan itu hasratnya untuk menyampaikan mesej pada seminar itu sudah tercapai.
Kenyataan itu sendiri dilihat membawa berbagai makna.Apakah maksud beliau kerana wujudnya ‘ dua tiga kerat’ pemimpin yang menjadi sasaran cadangan EGMnya itu mengakibatkan PAS makin hilang sokongan golongan muda?
Apakah pendedahan Syed Azidi ini cuma ‘tips of the iceberg’ kemelut besar dalaman PAS yang mungkin selama ini terkunci rapat?
Beranikah Ariffahmi membuat satu rancangan besar hendak mengulingkan Presiden PAS secara sendiri-sendiri?
Banyak yang perlu dijawab tentang tajaan untuk ibadah Haji di Mekah oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan dapat ‘ macam-macam’ dari kerajaan negeri.
Namun kalangan ahli PAS pasti tidak senang duduk dan mahukan jawapan sebenar tentang episod rancangan Arriffahmi hendak mengulingkan Haji Hadi.
BERIKUT IALAH TULISAN PENUH SYED AZIDI:
Bagi yang belum baca apa Rocky Bru tulis pagi ini, sila terlebih dahulu ke sana.
Bagi yang sudah baca apa yang Rocky Bru tulis, apa kata kita naik beca dan perlahan-lahan memahami istilah kronisme bersama Bakaq Haq.
Di dalam dunia junjungan kita Muhammad s.a.w tidak ada balak. Tetapi tidak pula saya dengar orang-orang alim bercerita bahawa junjungan kita menganugerahkan ladang kurma klon atau projek kambing dan unta Kerajaan Islam Madinah yang bernilai berjuta-juta dinar dan dirham kepada saudara maranya. Mungkin sebab tidak wujud projek-projek sedemikian.
Yang ada ialah pembahagian harta rampasan perang, hamba dan tawanan perang dan balu-balu korban perang.
Yang ada ialah pembahagian tugas untuk mengetuai bala tentera ke medan perang atau menyebarkan syiar Islam ke ‘hostile territories’. Tugas-tugas yang kalau diserah pada kita hari ini, tak ramai yang bersedia menerimanya.
Tiada siapa akan pertikaikan jika Ariffahmi di beri pangkat dan anugerah jika Nik Aziz sudah tiada. Seperti terangkatnya para Khalifah dari kalangan sahabat terdekat yang juga bapa mertua dan menantu Rasullullah s.a.w.
Tok Guru kita kata orang yang hendak menaja pemergiannya ke Mekah bersama Datin, Ariffahmi dan Nik Amalina dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar tidak pernah dapat projek daripada Kerajaan Negeri. Maklumat yang didedahkan oleh Rocky pagi ini menafikan hujah Tok Guru.
Satu Kelantan sudah tahu bahawa Nudin Awang adalah lelaki yang menaja Pakej Haji yang jumlah keseluruhannya hampir RM455,000 itu. Ramai yang melihat resit pembayaran yang Nudin tayang di sana dan di sini dengan penuh rasa rendah diri itu.
Ramai juga tahu, tiba-tiba Nudin kelam kabut dan cuba untuk meminta agensi pelancongan itu menukar nama pembayar bil itu.
Ramai juga tahu selepas bersetuju dengan pujukan Ariffahmi untuk ke Mekah, Tok Guru sendiri telah menalipon Nudin.
Ramai juga lihat Nudin datang ke satu majlis selepas panggilan itu dan berdiri dibelakang Tok Guru dengan bangganya sewaktu Tok Guru mempertahankan perlunya satu EGM dalam PAS.
Akhirnya ramai yang tidak mahu beritahu bahawa Teng Hu Ling adalah orang yang perlu dihubungi jika kita mahu bercakap dengan wakil Great Eastern Mills Berhad.
Ramai juga tidak mahu beritahu bahawa Great Eastern Mills Berhad di mana Nudin Bin Awang adalah Pengarah Syarikat telah menerima 10,000 ekar balak bernilai lebih RM20 juta daripada sebuah agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Balak yang diterima oleh Great Eastern Mills Berhad di serahkan pula kepada SEAL Incoporated Berhad dan boleh di lihat di sini balak-balak itu.
Namun ada satu perkara yang ramai langsung tidak tahu ialah seorang lelaki bernama Abdul Ariffahmi Bin Abd Rahman, ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, yang ibu bapanya dan adik beradiknya melainkan seorang abangnya sahaja bukan ahli UMNO ialah orang yang menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk ke Mekah.
UMNO Cawangan Chakung terletak di DUN Temangan. Ariifahmi adalah ahli biasa dan Ketua Cawangan ialah Sdr. Saidi Husin. Ketua Pemuda Cawangan ialah Sdr. Azman Ibrahim. Setelah berlaku selisih faham yang melibatkan masalah dalaman UMNO Machang, Cawangan ini di sisih. Akibatnya bermula tahun 2006, ramai ahli termasuklah Ketua Cawangannya sendiri telah memasuki PAS. kakitangan ibu pejabat UMNO Cawangan Chakung yang terletak di Taman Siti Aishah berdekatan Wakaf Bata di jalan lama Tanah Merah – Machang boleh memberikan tarikh Ariffahmi mendaftar menjadi ahli UMNO.
Saya tahu Ariffahmi akan menafikan hal ini dan mengatakan bahawa dia telah menjadi ahli UMNO secara tidak sukarela. Hal ini kita serahkan kepada UMNO Malaysia untuk menyelesaikannya dan kerana di celah-celah timbunan fail di mana-mana bangunan UMNO masih terselit sekeping borang lusuh yang diisi nama Abdul Ariffahmi. Cuma, janganlah salahkan UMNO semata-mata kerana nafsu kita cukup buas.
Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi di buat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini.
Naib Presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas PRU ke 12. Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Abdul Ariffahmi di Hotel Perdana sebelum bangunan itu dirobohkan.
Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.
Setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik YB Husam tetapi juga berupaya memporak perandakan PAS.
Melihat perancangannya itu gagal sama seperti semua projek-projek yang diamanahkan kepadanya iaitu projek loji air Kampung Puteh dan Bandar Baru Tunjung, Ariffahmi berpaling kepada seorang rakan karib saya yang saya panggil di zaman persekolahan sebagai George Michael.
Kemudiannya George Michael mengerjakan umrah dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Ariffahmi yang menghadiri tugas rasmi di Kuwait mengarahkan PMBK membayarnya untuk menyertai George Michael dan Tok Guru di Jeddah.
Pulang ke Kota Bharu, Tok Guru tak kering gusi memuji George Michael dan nyaris-nyaris meluluskan satu projek strategik kepada George Michael. Akhirnya, atas usaha orang-orang yang kenal George Michael, berjaya menyekat pemberian projek kepada George Michael tanpa perlu mendedahkan latar belakang siapa sebenarnya George Michael. Cuma malangnya Ariffahmi sudah menyerahkan kepada George Michael salinan asal fail tebal berhubung kajian projek strategik dan terperinci oleh konsultan yang dilantik dengan yuran hampir sejuta ringgit itu untuk tugas berat dan penting itu. Pihak PKINK, pemilik fail tersebut telah enggan menyerahkan fail itu walau diminta oleh Arrifahmi menyebabkan Ariffahmi mengarahkan Pejabat Menteri Besar memohon fail tersebut. Apabila fail tersebut tiba di Pejabat Menteri Besar, Ariffahmi telah mengambilnya.
Semenjak insiden melibatkan George Michael itu, kegusaran mula wujud di atas kewarasan Ariffahmi. Mengapa dia sanggup menyeberang begitu jauh sekali?
-15/11/2009
Kelantan Serambi Rasuah : Nik Aziz, menantu didesak letak jawatan
azran.rahim@utusan.com.my
|
|
KOTA BHARU 15 Nov. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman didesak meletak jawatan ekoran penajaan bagi menunaikan ibadat haji.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian menegaskan, kedua-dua mereka wajar berundur berikutan salah laku serius Nik Abdul Aziz menerusi pengakuan terbuka bahawa ada pihak menaja beliau dan keluarga untuk ke tanah suci Mekah.
Beliau turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera terhadap dakwaan tersebut demi kepentingan rakyat kerana terdapat asas kukuh berhubung salah laku.
“Kenapa Nik Abdul Aziz boleh membenarkan dirinya dan keluarga ditaja untuk menunaikan haji dengan kos begitu tinggi?
“Disebabkan itu, kita mendesak beliau dan menantunya meletakkan jawatan kerana dakwaan salah laku itu sangat serius dan memalukan kerajaan negeri,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum kepada wakil SPRM negeri di sini hari ini.
Penyerahan memorandum tersebut berikutan laporan media berhubung penajaan haji yang diterima oleh Nik Abdul Aziz dan keluarganya serta penyelewengan yang berlaku dalam PMBK.
Rabu lalu media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja oleh pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 seorang dan mendapat layanan bertaraf VVIP.
Difahamkan rombongan tersebut dijangka disertai 10 individu termasuk isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak; anaknya, Nik Amalina dan menantunya, Abdul Ariffahmi.
Menurut blog http://ruangbicarafaisal.blogspot.com, syarikat yang bertanggungjawab menaja Menteri Besar Kelantan dan keluarganya adalah Abroad Technology Sdn. Bhd. yang berpejabat di sini.
Syarikat itu mendapat hak eksklusif untuk memasang papan tanda di seluruh negeri itu.
Ekoran kenyataan terbuka itu, SPRM dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut.
Dalam hal ini, Anuar percaya jumlah keseluruhan kos tajaan haji yang melibatkan Nik Abdul Aziz bersama ahli keluarga adalah beratus-ratus ribu ringgit.
Beliau berkata, perkara tersebut turut didedahkan dalam sebuah blog http://pemudapadangrengas.blogspot. com dan telah menjadi pengetahuan umum.
“Nik Abdul Aziz juga telah membuat pengakuan berhubung tajaan untuk menunaikan haji daripada beberapa individu sebelum ini sepanjang menjadi Menteri Besar,’’ ujarnya.
Bagi beliau, banyak aspek perlu dilihat secara mendalam termasuk kredibiliti Abdul Ariffahmi yang dilantik sebagai CEO dalam masa yang amat singkat.
Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, menantu Nik Abdul Aziz itu dikatakan mula bertugas di Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
“Beliau kemudian dipinjamkan di PMBK bagi menjaga Projek Bandar Baru Tunjong yang diambil alih daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU),’’ katanya.
Menurut beliau, selepas itu Abdul Ariffahmi dilantik sebagai Ketua Bahagian Hartanah PMBK sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi awal tahun lalu dan pelantikannya turut dipertikaikan.
“Bagaimanapun secara tiba-tiba dia dilantik menjadi CEO. Kita mahu tahu secara jelas, atas sebab apa dia dilantik ke jawatan yang besar ini dalam usia yang sangat muda. Adakah rekod yang dimilikinya amat baik?” soal Anuar.
napotisme dan kronisme - Anwar akui ada kemelut di peringkat bawahan
KOTA BHARU 15 Nov. — Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya perselisihan antara parti dalam pakatan pembangkang di peringkat bawahan berikutan tiada titik persetujuan yang dicapai ketika membincangkan perihal perbezaan prinsip parti masing-masing.
Beliau berkata, jika tiada titik persetujuan dicapai di peringkat bawahan dalam membincangkan isu tertentu, ada pihak daripada PKR yang tidak memberi sokongan padu kepada parti dalam pakatan pembangkang.
"Dalam pakatan tidak semua mesti setuju. Tetapi ada di peringkat cabang PKR jika berlaku perkara yang tidak dipersetujui mereka mula hendak marah dan macam hendak perang seluruh Malaysia.
"Saya ingatkan kepada peringkat bawahan bahawa kita mempunyai ruang kita sendiri untuk salurkan pandangan,” katanya semasa berucap merasmikan konvensyen PKR Kelantan di sini hari ini.
Ulasan Aspirasi : kemelut kat atas hang tak nak ngaku ke Anuwar?.... hang nak berlakon lagi ke... kemelut kat peringkat atas lagi dasyat... semuanya berpunca sikap napotisme dan kronisme engaku...
- Bernama
Obama iktiraf DS Najib
Obama menyebut peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menangani keganasan, sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Selatan Filipina, menjaga keselamatan Selat Melaka dan membanteras penyeludupan manusia ke negara ketiga dalam mesyuarat antara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan AS di Shangri-La Hotel di sini. - Bernama
SPRM 'peka' selamatkan PAS – 'Double meaning' Abdul Hadi
Menurutnya, tindakan SPRM yang cepat memberi respon untuk membuka kertas siasatan terhadap penajaan haji Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, seolah-olah mereka peka untuk menyelamatkan PAS berbanding BN.
“SPRM cukup peka untuk selamatkan PAS,” ujarnya kepada wartawan di sini, kelmarin.
... ADdakah kenyataan Hj Hadi mempunyai 'double meaning'... selamatkan PAS dari rasuah atau selamatkan dari puak Erdogan...
Makna yang pertama: selamtkan PAS dari rasuah... kerana Nik Aziz adalah bukti PAS lakukan rasuah... dengan siasatan SPRM ini... maka PAS akan terselamat daripada terpalit isu rasuah.... dan lagi bagus kalau Nik Aziz dihadapkan di Mahkamah untuk tuduhan rasuah..
Makna yang kedua: maka puak Erdogan tidak akan berpengaruh lagi... apabila NIk Aziz disiasat dan dibicarakan... jadi tiada desakan lagi untuk Hj Hadi n the geng letak jawatan...
Maka isu UG, kepimpinan lemah Hj Hadi, Bai'ah semuanya tidak akan diungkit lagi... maka PAS pun selamat kerana puak erdogan tidak bertaring lagi kerana tiada nik Aziz...
Kenapa ANwar perlu serang Najib?...
Namun jika dilihat treng memburukkan Najib sebenarnya lebih awal lagi berlaku iaitu sebeum Najib menjadi PM...seperti isu Attantuya, scorpene dan sebagainya.. dapat disimpulakn ianya hanya mainanan politik pembangkang dan khasnya ANUwar Aljuburi.
Kita melihat serangan yang bertali arus ianya bukanlah sesuatu yang kebetulan tetapi pernacngan jahat yang dirancang rapi untuk memburukkan Najib khasnya dan UMNO amnya.
Dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. (baca di sini)
Sebagai ketua pembangkang... apakah relevannya menyerang Najib....
Jawapannya kerana mahu berkuasa semata-mata..
Rakyat Malaysia sekarang hidup di zaman KPI, zaman di masyarakatnya menilai 'performence' sesuatu parti dan khidmat kepada rakyat...
Apa yang rakyat utamakan siapa yang boleh memberi khidmat kepada rakyat sebaik mungkin... rakyat bukan lagi hidup di zaman retorika Anwar Ibrahim yang bercakap tenatng idelisme perjaungan tetapi ekor sendiri terkena taik....
Berapa ramai YB PKR yang gagal berkhidmat untuk rakyat dan telah diberhintikan atau ditukar, berapa ramai YB dan pemimpin PKR yang meninggalkan parti tersebut.... berapa pemimpin dan ahli PKR yang menjadi mangsa kronisme dan nepotisme ANuwar ajluburi dan kuasa 3A yang tersingkir dari PKR..
Ini semua menjadi penilaian rakyat... mungkin rakyat dahulu terbuai dengan idelisme perjuangan tetapi sekarang zaman penilaian dan KPI... PKR tidak relevan lagi....
So stop dreaming.........
Ahad, November 15, 2009
ANwar pertahankan Azmin dan KRONI membeli SAHAM
Anwar berkata, siasatan berkenaan dakwaan itu telah dibuat pada 1998 di mana Azmin telah ditahan dan kemudian dibebaskan.
"Azmin pun sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan akan ambil tindakan. Kita kena bezakan antara fakta atau fitnah, saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan,” katanya.
uLASAN aSPIRASI : Sikap berpihak Anwar, kronisme dan nepotisme terhadap Azmin memang telah diketahui sejak awal lagi...
Sebagai bapak perasuah semasa di dalam UMNO, Tindakan Anwar mempertahankan Azmin bukanlah sesuatu yang mngejutkan....
- BERNAMA
Penganalisis Politik : Strategi manupulasi isu PKR tidak lagi berkesan
''Namun begitu hakikat dan realiti sebenar adalah jauh berbeza dengan apa yang diuar-uarkan melalui slogan-slogan. Pertentangan kepentingan antara kaum wujud sama ada secara senyap ataupun terbuka. Masing-masing memasang strategi.
''Ini sekali gus menunjukkan bahawa untuk mencapai tahap wahdatul fikr (penyatuan fikiran) sesama saf dalam pimpinan dalam PKR bukanlah suatu yang mudah sebagaimana lakaran di atas kertas,'' katanya.
Menurut beliau, kekaburan terhadap teras utama dalam parti ini juga memberi impak yang besar kepada pencapaian hala tujunya pada masa akan datang.
Seperkara lagi yang tidak harus dilupakan bahawa PKR diwujudkan atas dasar populariti semata-mata. Mengikut penganalisis politik, sejak pilihan raya umum 1999 hinggalah 2008, faktor Anwar masih lagi menjadi 'barang yang didagangkan' untuk meraihkan sokongan rakyat.
Lebih daripada itu seperti mana kata Ahmad Masrizal, parti tersebut memberi fokus berlebihan kepada strategi memanipulasi isu demi meraih persepsi dan populariti. Tetapi PKR terlupa bahawa strategi seumpama itu sudah semakin tidak berkesan.
''Natijahnya, pelbagai polemik kepimpinan berlaku di negeri-negeri dan yang terbaru di Sabah dan lain-lain negeri, ia pastilah akan menjejaskan PKR pada masa akan datang,'' katanya.
Oleh itu kita tidak perlu terkejut apabila PKR merancang untuk terus mengatur strategi bagi memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana itu sahaja cara mereka bagi menutup kelemahan sendiri.
Ia juga sekali gus memaparkan perangai PKR yang semakin 'bankrap' isu dan terus berusaha menjadikan persepsi sebagai 'senjata' untuk meraih sokongan di dalam pilihan raya. Kalau hendak bersandarkan kepada prestasi, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh parti itu.
Bagaimanapun rakyat tidak akan selamanya boleh diperbodohkan oleh mainan politik seumpama itu, justeru tersilap langkah boleh berlaku 'senjata makan tuan'. Berdasarkan keadaan itu, bukanlah sesuatu yang mustahil jika PKR akan mengalami nasib seperti mana sesetengah parti politik serpihan yang sebelum ini berkubur selepas menikmati kemenangan sementara.
Matlamat
Menyentuh perkara ini, Ahmad Masrizal berkata, peristiwa demi peristiwa dan drama demi drama yang dipersembahkan kepada rakyat telah menyebabkan rakyat semakin membuka mata dan sedar bahawa PKR semakin jauh untuk mencapai matlamat strategik yang dicipta oleh mereka sendiri.
''Matlamat dan hala tuju perjuangan PKR yang dikatakan lebih menekankan kepada aspek idealisme perjuangan dan meningkatkan khidmat kepada rakyat nampak semakin kabur. Inilah yang dimaksudkan dengan PKR sedang berhadapan dengan suatu fenomena baru dalam fasa kewujudan mereka iaitu kematian yang senyap dan halus atau lebih popular dikenali sebagai gangren politik,'' katanya.
Kita tidak pasti sejauh manakah fakta ini akan menjadi kenyataan tetapi dari semasa ke semasa PKR terus dilanda konflik dan tahap kepercayaan serta keyakinan di kalangan pemimpin dan ahlinya bahawa parti itu boleh menjadi parti utama semakin luntur. PKR mungkin boleh mengatur strategi dengan mengadakan apa juga konvensyen termasuklah pada hari ini di Shah Alam dengan slogan 'Menggilap Harapan Rakyat', tetapi apa yang pasti dari semasa ke semasa segala kekalutan dalamannya semakin terdedah.
Tidak mustahil PKR akan menamatkan riwayatnya dalam senyap kerana itulah akibatnya kalau pemimpin-pemimpin terlalu teruja untuk menampakkan mereka kelompok paling sempurna di muka bumi Allah ini, sedangkan 'di tubuh' parti itu 'penuh dengan penyakit'.
RENCANA 'Hayat' PKR berakhir dalam senyap?
ANuar Shaari : PKR diwujudkan untuk agenda peribadi Anuwar
Bagi beliau, PKR adalah sebuah parti yang rapuh dan diwujudkan semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi seorang pemimpin. Atas alasan inilah satu demi satu prinsip dan asas parti diubah sesuka hati mengikut kehendak seorang pemimpin sahaja.
''Dalam pembangunan sesebuah organisasi apabila ada seorang yang terlalu dominan dan berkuasa menentukan hala tuju parti maka organisasi itu tidak akan berjaya dan tidak ke mana-mana,'' tegas Anuar.
Itulah yang berlaku kepada PKR, apabila suara ahli dan parti tidak dipedulikan melainkan untuk menjaga kedudukan seorang dua pemimpin sahaja. Faktor inilah yang menyumbangkan kepada kelemahan PKR sehingga sejak dari awal penubuhan sehingga ke hari ini, seorang demi seorang pemimpin parti itu meninggalkannya.
Mungkin bagi pemimpin PKR mereka boleh menuduh apa sahaja kepada pemimpin yang berbuat demikian tetapi realitinya pemimpin yang bertindak keluar daripada PKR itu, melakukannya atas dasar prinsip. Mereka tidak mahu terus bersandiwara dan mempermainkan prinsip perjuangan yang ditanam di sanubari mereka ketika awal menyertai PKR.
Oleh itu, apabila mereka melihat PKR tidak lagi selari dengan kehendak perjuangan mereka, maka langkah terbaik adalah mengundurkan diri dan itu lebih mulia daripada bersekongkol dengan pemimpin yang hanya ingin mencapai agenda peribadinya. Pepatah ada mengatakan bagaimana acuannya begitulah juga kuihnya, mungkin itulah yang berlaku kepada PKR sekarang apabila wajah sebenar kenapa parti itu ditubuhkan sudah terlihat.
Laungan kononnya mereka berjuang untuk rakyat hanyalah omong kosong sebaliknya segala-galanya hanya semata-mata bagi membela seorang pemimpin dan lebih penting lagi meletakkan dia di tempat yang diidam-idamkan olehnya selama ini.
Apa yang anehnya, biarpun diserang bertubi-tubi oleh bekas-bekas pemimpinnya namun pemimpin di dalam PKR termasuklah Anwar sendiri hanya mendiamkan diri. Antara isu itu termasuklah dakwaan oleh Anuar, Nallakaruppan dan Ezam Mohd.Noor bahawa ada pemimpin yang diberi layanan istimewa oleh Anwar.
Ini belum lagi termasuk dakwaan bahawa PKR hanya dikuasai oleh '3A' iaitu Anwar, Azizah dan Azmin. Walaupun dakwaan itu boleh menjejaskan kewibawaan PKR tetapi tiada tindak balas.
Pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah mengiakan apa yang didakwa dan ini sekali gus menimbulkan kesangsian kepada rakyat bahawa semua dakwaan itu ada kebenarannya.
Walaupun PKR sebenarnya sebuah parti yang bermasalah tetapi mereka cuba menutupi konflik yang berlaku dan berlagak seolah-olah tiada apa-apa terjadi. Tetapi berdasarkan kepada perbualan penulis dengan beberapa rakan di negeri-negeri tertentu mereka mengakui, jika masalah PKR boleh diibaratkan seperti lava gunung berapi, ia hanya menanti masa untuk 'dimuntahkan'.
Apa yang mengecewakan, biarpun terdapat seribu satu masalah dan termasuklah juga kewibawaan pemimpin-pemimpin PKR dipertikaikan oleh banyak pihak tetapi masih ada pihak yang cuba mengetengahkan kononnya golongan itulah bakal pemimpin masa depan negara.
Hayat PKR 'berakhir' dalam senyap
1PAS "Islam sekadar Alat" : PAS hanya kambing hitam PKR
SEHINGGA ke hari ini, ramai masih tertanya-tanya apakah hasil Seminar Memperkasakan Pas yang diadakan baru-baru ini. Ia kerana mereka melihat tidak ada apa-apa signifikannya seminar itu, selain kritikan kepada kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Oleh itu, timbullah persoalan apakah seminar itu diadakan kerana Pas sememangnya bermasalah atau ada 'tangan-tangan' ghaib yang memainkan peranan untuk memburukkan Pas.
Lebih daripada itu, adakah seminar tersebut satu manuver politik oleh pihak tertentu bagi mengalih perhatian daripada pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam soal ini, kita perlu mengimbas apa yang berlaku sepanjang pertengahan Oktober lalu, sebelum tercetusnya soal untuk mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa kepimpinan Pas dan kemudian disusuli dengan keputusan mengadakan seminar memperkasakan parti itu.
Ketika isu tersebut timbul, PKR sedang menghadapi krisis dalaman yang cukup serius. Ia mula tercetus di Sabah apabila 18 daripada 23 ketua bahagian PKR menolak pelantikan Azmin Ali sebagai pengerusi perhubungan.
Tumpuan media terarah kepada pergolakan dalam PKR sehingga akhirnya pada 27 Oktober menyaksikan peletakan jawatan Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan, namun krisis itu seolah-olah reda apabila timbul isu dalam Pas.
Perhatian tidak lagi diberikan kepada apa yang berlaku dalam PKR sebaliknya lebih kepada Pas. Tetapi apabila seminar yang diadakan tidak menyaksikan apa-apa yang menarik maka timbullah persoalan siapa sebenarnya bermasalah, Pas atau PKR.
Mungkin buat seketika pemimpin-pemimpin PKR mampu meredam gejolak masalah yang berlaku dalam parti itu tetapi ramai pemerhati politik yakin bahawa parti tersebut sedang berada di ambang perpecahan yang serius.
Sebab itulah di kalangan sesetengah pemimpin pembangkang yang lain terutamanya Pas melihat PKR sering membawa masalah kepada mereka.
''Cuba lihat apa yang berlaku di Kedah, Perak dan Selangor, semuanya adalah gara-gara kemelut yang berlaku dalam PKR.
''Tetapi malangnya orang lupa semua itu, mereka lebih suka hendak melihat kononnya Pas bermasalah sedangkan kami tidak ada apa-apa masalah,'' kata seorang pemimpin muda Pas kepada penulis dalam satu pertemuan.
Akibatnya, kepimpinan dalam parti pembangkang lain terutamanya Abdul Hadi sengaja digembar-gemburkan sebagai bermasalah dan lemah. Mungkin secara dasar kita boleh katakan agenda atau manuver mereka berjaya tetapi mereka terlupa bahawa ahli-ahli dan penyokong Pas di peringkat akar umbi tidaklah sebodoh itu.
Penulis difahamkan, di kalangan sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong Pas mereka semakin menyedari 'permainan politik' yang dicetuskan oleh sesetengah pemimpin pakatan pembangkang sendiri bagi mencapai cita-cita politik mereka.
'Hayat' PKR berakhir dalam senyap?
Pakatan senyap - Formula baru perpaduan Melayu?
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pakatan secara tertutup atau terbuka antara UMNO dan Pas adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam serta menuntut ia dilakukan demi kepentingan bersama.
Menurutnya, ajaran Islam tidak pernah menggalakkan umat berbalah, malah menyeru semua pihak tidak kira fahaman, warna kulit dan agama agar berdamai demi membangunkan agama, bangsa dan negara.
“Tidak kira ia dipanggil `pakatan senyap` ataupun `pakatan terbuka`, tetapi pakatan ini perlu diadakan demi kepentingan umat Islam dan negara, biar kita berbeza pendapat dari segi politik tetapi hal-hal melibatkan hak bersama, kita bersatu, oleh itu pakatan ini akan menguntungkan kita.
“Bagi UMNO, kita tiada masalah kerana ajaran Islam secara jelas menyeru umatnya bersama-sama demi membangunkan agama, tanah air dan manfaat rakyat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, `pakatan senyap` antara kedua-dua parti itu boleh menjaga hak-hak kaum Melayu dan Islam kerana UMNO dan Pas mewakili orang Melayu yang beragama Islam.
“Suara yang melibatkan hak agama dan Melayu kita boleh perkuatkan kerana kita sudah lama berpecah dan sekarang adalah masanya untuk menyatukan semula suara orang Melayu menjadi satu,” katanya.
'Pakatan Senyap' ini mula diperkatakan apabila Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis satu artikel bertajuk ‘Untungnya bersatu dalam senyap’ dalam blognya di ridhuantee.blogspot.com.
Memetik artikel tersebut, Ridhuan menyeru agar UMNO dan Pas mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA dan Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak-hak kaum Cina dipersoalkan.
“Benar, mereka (DAP, MCA dan Gerakan) nampak seolah-olah berpecah. Mereka bertikam lidah sehingga gamat. Tetapi sebenarnya, mereka bersatu dalam senyap. Parti DAP akan lantang mendesak, mengkritik dan menghentam. Tetapi itu bukan hentaman kosong. Siapakah yang akan bekerjasama secara senyap?
“Dua parti komponen ini (MCA dan Gerakan) akan senyap-senyap menyampaikan kepada Barisan Nasional (BN) bahawa tuntutan dan desakan ini perlu dipenuhi. Jika tidak, undi akan lari, orang Cina akan marah dan beralih arah. Itulah sebenarnya mesej dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Inilah yang saya katakan bersatu secara senyap walaupun di luar nampak berpecah,” kata Ridhuan dalam blognya.
Baiah talak tiga : kebimbangan PAS menjadi kenyataan
Dengar disini : Bai'ah Taalik Didedahkan.mp3
Sebelum ini hampir semua pemimpin PAS menafikan Bai'ah Talak 3 yang dikatakan ianya hanyalah sumpah laknat semata-mata
Hj Hadi Awang hari ini menegaskan sumpah taat setia atau bai'ah sebagaimana diamalkan oleh ahli dan pemimpin parti itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bai'ah talak tiga tidak pernah menjadi dasar atau konsep Pas sebaliknya parti itu mengamalkan bai'ah sumpah laknat.
Kebimbangan penyokong PAS nampaknya menjadi kenyataan:-
Buletin Utama siarkan klip Presiden PAS nafi wujud baiah cerai taklik (Astro Awani). Then klip rakaman sulit part baiah cerai taklik Nasha-Hasan ditayangkan pula. 22 juta rakyat Malaysia, dari bayi 2 tahun hingga bakal pengundi baru meluat dan keliru.Lepas ni... macam mana pemimpin PAS nak mengelak lagi.. Janganlah menipu rakyat lagi... tuhan marah.... 26 juta rakyat Malaysia dah tahu....
Kemudian, upkan kenyataan Salahuddin, Mahfuz, Mustapha Ali, dan terakhir Mursyidul Am tentang penafian. Tak kiralah penafian berbentuk lulit (penafian samar2) atau tidak, tetapi damage besar tetap berlaku. Klip rakaman sulit Timbalan Presiden PAS sekali lagi ditayangkan.
Kemudiannya, tersebar di youtube, dalam bentuk 3gp for handset. Soalnya timing yang dipilih Najib bila? Lihat sahaja bagaimana terdapat gerakan UMNO yang menampal risalah bentuk poster di merata Malaysia berkaitan dengan ini. Bermula dengan isu perbalahan TGNA-TGHH dan diakhiri dengan isu baiah kemudiannya?
Kepimpinan Ulama? What the fuck is that? (baca di sini)
Sabtu, November 14, 2009
Preview blog Pro-Pr : pengunjung lebih suka melawat blog yang menghentam Pakatan Rakyat
Benda ni aku kutip kat blog PerakEkspress... mengenai Carta Top Hits Blog Pro-PR katanya...
Penulisanya ialah mat Saman kati (MSK).. beliau berkata
"Semua blog-blog dibawah adalah blog pro-Pakatan Rakyat dan anti-BN. Semasa PRU 12 ataupun semasa PRK, semua blog ini menyokong Pakatan Rakyat. Tapi sekarang…mana-mana blog yang mengampu Pakatan Rakyat akan jatuh merudum, manakala yang sentiasa menghentam Pakatan Rakyat akan naik. Pasai apa?
Kalau dulu, sapa yang kutuk PAS, PKR atau DAP..dah tentu kena label macam-macam. Tapi sekarang, sapa yang kutuk parti sendiri, jadi hero."
Beliau membuat review berdasarkan alexa ranking di Malaysia...
Satu kesimpulan yang dibuat ialah :-
pengunjung lebih suka melawat blog yang menghentam Pakatan Rakyat…sedangkan kebanyakan pengunjung adalah terdiri dari penyokong Pakatan Rakyat sendiri?
Berikut adalah preview beliau mengenai beberapa Blog Pro PR
Blog Tukartiub - blog yang paling konsisten dari segi pengunjung. Blog ini juga merupakan blog yang paling top sejak ianya mula dibina pada 2008.Selain daripada menghentam Umno, Tukartiub juga mengkritik semua parti, tak kira Pas, PKR atau DAP. Bebas dan berkecuali. Walaupun ia lebih condong kepada Pakatan Rakyat.
Kedahlanie - tentang hal-hal Kedah. Dan oleh kerana tidak banyak blog di Kedah, blog ini menjadi rujukan tentang Kedah. Blog ini diurus oleh orang Pas, tapi cerita pasai orang tak suka kat Hadi pun dia bubuh. Jadi nampak neutral.
Perakexpres - ramai orang tak suka…sebab suka hentam keliling. Ada yang kata pemecahbelah PR. Ada yang kata ejen Umno.
Penarik Beca - lagi orang tak suka. Ini blogger takdak akhlak. Tak habih-habih cari pasai dengan Pas. Habih cerita dalam kain Pas dibongkar oleh Pak Bakaq. Nasib baik dia bukan ahli Pas…cuma penyokong fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan Pas. Dia bukan suka kat Anwar pun, tapi kalau sebut nama Nasha dan Mustapha Ali, lagi la dia tak suka.
Perisik Rakyat - merupakan blog yang paling top, bawah sikit dari Tukartiub dan Albanjari. Kemuncak populariti Perisik Rakyat ialah semasa PRK Bukit Gantang dimana pernah mencapai top 300 dalam Alexa Ranking. Dulu dia asyik hentam Umno dan tak pernah kutuk sapa-sapa dalam Pakatan Rakyat. Akibatnya…ranking dia merudum dengan teruk. Tapi sejak dia mula menghentam geng UG…ranking dia naik balik.
MSO melayu - Yang ni pun tukang hentam Pas..terutamanya Husam. dan oleh kerana dia blogger otai…banyak kenalan yang top…banyak la dia dapat berita sensasi. Tapi orang Pas ramai yang kata dia ni pun pemecahbelah PR…barua Umno.
Wartamaya - orang masuk blog dia pasai blog dia dah jadi directory blog. Tapi dia jugak hentam geng UG. Masuk geng Aduka Taruna pulak tu.
Albanjari - top blog semasa PRK Bukit Gantang. Lebih popular dari blog Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang. Lebih popular dari blog Perisik Rakyat satu masa dulu…tapi pasai dia nampak pro UG, cuma cerita yang baik-baik tentang Pas…blog dia merudum. Dari tangga ke 246 semasa PRK Bukit Gantang, sekarang jatuh ketangga 1506 pada 12/11/09.
Pahang Daily - trend Pahangdaily sedang menurun. Enam bulan dulu, Pahangdaily berada diranking top 1000, tetapi sekarang sudah jatuh melepasi 2000 ranking Alexa.
Beliau juga ada menyentuh ada beberapa blog lagi yang sedang naik secara mendadak:-
Blog Baganutama - dibuat semasa PRK Bagan Pinang yang baru lalu. Masa dibuat dulu…tak termasuk dalam ranking Alexa. Entah ke berapa ratus ribu. Tapi dalam masa yang singkat, dia berjaya naik ketangga 5420, mengatasi beberapa blog yang sudah lama ada. Sebabnya…dia juga anti-UG.
Blog Aduka Taruna - Paling top macam goreng pisang panas sekarang, Kalau dulu…Aduka Taruna boleh dianggap macam iblis baru terlepas dari dalam botol, tapi sekarang dia berjaya menjadi pawang. Sama ada apa yang ditulisnya itu betul atau fitnah..itu tidak penting. Tapi…kalau Aduka Taruna lebih berpengaruh dari Ustaz Derih, Pas ada masalah.
Dalam dua bulan dulu, aku tengok ranking dia 6,000 lebih. Aku pun tak peduli la blog cokia macam tu. Tapi semalam sudah mencapai 3091!! Bahasa yang digunakan…aku pun dulu tak teruk macam tu. Pas nak buat Konvensyen Blogger Pas, dia pun nak buat Konvensyen PAS Reform. Orang lain nak selesai tentang UG…dia buat Projek Langgar Hadi.
Sekarang aku tak tau…Aduka Taruna yang gila…atau geng UG yang tak sedar diri. Tapi apa yang pasti, semakin ramai orang yang ikut Aduka Taruna jadi gila. ha..ha..ha. mampuih Umno.
Dalam blog Bumiperak, Ustaz Derih berkata, “Mengenai isu-isu semasa berkenaan Kerajaan Perpaduan (UG) sebenarnya telah berkubur awal lagi tetapi telah dimainkan semula dan dimarakkan oleh penulis fitnah dari ‘blogger’ di alam cyber. Setengah penulis blogger ini ada yang diupah oleh musuh politik PAS yang sengaja untuk 1. Memporak-puranda dan memecah-belahkan ahli-ahli PAS dan ke-2 menimbulkan keraguan dikalangan bukan Islam yang akan memencilkan PAS dari Pakatan Rakyat. Oleh itu penulis-penulis jauhi dari spekulasi dan fitnah tetapi jadilah pendamai dan pembetulkan fakta.
Ini satu sebab mengapa blogger-blogger lebih seronok menghentam Pakatan Rakyat, sebab pemimpin Pakatan pun dua kali lima.
Ada sapa-sapa yang terima upah untuk menimbulkan keraguan dikalangan pengundi bukan Islam untuk memencilkan PAS dari Pakatan Rakyat?
Mungkin Isham Rais dengan Tukar Tiub dia kot? Tapi toksah kata ada kereta, kapcai pun takdak.
Mungkin Kedahlanie dah dapat balak dari Ustaz Azizan kot?
Ataupun Bakaq Penarik Beca? tapi aku tengok…sengkek tara tu jugak.
Mintak maaf Ustaz Derih. Semakin hari aku semakin risau…rakyat semakin percaya kepada blogger-blogger pembawa fitnah, dari kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin.
Blogger-blogger yang bebas mengkritik pemimpin..semakin lama semakin top. Mana-mana blog yang mengampu atau menyampaikan kenyataan pemimpin..semakin hilang kredibiliti mereka.
Yang ni pemimpin PR semua kena fikirkan. Tak kan yang tu pun aku nak buat?