Namun yang hebatnya ia mendapat perhatian kolumnis editor majalah Islamic Banker di Arab Saudi.. dahsyatnya juga penangan dinar Enas Kelantan. Untuk artikel penuh sila baca dibawah:
Seorang kolumnis akhbar dalam talian Arab Saudi, Arabnews menganggap langkah kerajaan negeri Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak sebagai politik oportunis murahan untuk mengambil kesempatan emosi dan simpati penduduk Muslim.
“Pengumuman kerajaan negeri Kelantan minggu lalu bahawa ia akan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak sebagai mata wang sah diperlakukan bersama-sama ringgit adalah cubaan gagal untuk secara sendirian mengisytiharkan kebebasan dasar kewangan,” kata Mushtak Parker yang juga editor majalah Islamic Banker.
“Apa lebih ketara ia mencerminkan buta huruf pentadbiran PAS dalam dasar kewangan dan monetari yang jelas dilihat sejak ia memegang kuasa pada peringkat negeri pada 1990,” katanya.
Beliau berkata, hakikat bahawa PAS mengumumkan langkah itu sempena permulaan Ramadan, menunjukkan ia langkah politik oportunis murahan.
PAS, katanya, akan mempunyai lebih kredibiliti jika ia cuba memperkenalkan langkah itu sejurus selepas krisis kewangan global pada 2008.
Bagaimanapun, seperti beberapa parti Islam lain, PAS terbukti tidak berkesan apabila memegang kuasa, dengan tumpuan diberi kepada dasar autoritarian yang ketinggalan zaman dan tidak anjal, serta pandangan patriak dan penguasaan golongan lelaki dalam kedudukan kuasa.
“PAS adalah parti yang memperkenalkan aparteid agama di Kelantan di mana wanita disediakan kaunter asing di pasar raya,” katanya.
Namun, beliau berkata dalam bidang ekonomi dan kewangan parti Islam, seperti PAS, “amat naif bahawa dinar emas Islam atau kewangan Islam adalah penawar kepada semua masalah dunia, semata-mata kerana ia adalah falsafah dan etos berlandaskan agama.”
Isu mata wang Islam bukanlah satu perkara baru, kata Mushtak.
Malah mata wang Islam sudah pun wujud iaitu Islamic Dinar (ID), iaitu unit perakaunan Bank Pembangunan Islam (IDB).
ID berkenaan adalah bersamaan satu SDR (Hak Pengeluaran Khas), unit perbankan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). ID itu secara berjaya digunakan IDB sejak penubuhannya pada 1975.
Mushtak berkata, jika negara Islam mahu mata wang bersama, ID berkenaan adalah calon paling sesuai untuk dipertimbangkan.
Namun, ia sukar diterima sebagai mata wang bersama – walaupun disandarkan emas atau perak kerana perbezaan tahap pembangunan ekonomi 56 negara anggota IDB. – Agensi
Ps: jangan pula PAS kata UMNO yang bayar kolumnis ni.. apalah punya otak.. letak kat lutut..
13 ulasan:
tak kemananya idea nik aziz ni sebab pemikiranya bukan jangka panjang bak kata orang tahap kais pagi makan pagi aje.
Takpalah..esok kalu dinar tu dah tak laku kita buat koleksi..Peniaga barangan purba bolehlah buat duit sikit....
Aku x nafikan yg dinar & dirham nie satu usaha yang baik... Ttp usaha yg baik sepatutnya kena aderla perancangan yg baik. Jgn main taram ajer...klau yerpun consult la dulu dgn pihak bank negara. Dptkan panduan. KlAu dinar nie digunakan sebagai satu saving @ medalion saving maka pd aku xder masalah. Sbb bank2 skang pun byk yg dh introduce gold saving account dlm market...
Tp klau dh iktiraf sbg transaksi harian wlaupun kate husam untuk barter trade mmg Kan timbul mslh. Pertama sekali dinar tersebut nak disandarkan kpd berapa RM dlm konteks tempatan? Sbg cth kita nak beli 5kg beras yg berharga rm17.00. Dlm konteks dinar berapa sepatutnya yg dibayar?tkkanlah satu dinar emas utk 5 kg beras & dlm masa yg sama satu dinar emas utk satu barang yg difikirkan setimbal dgn nilai berasaskan justifikasi peniaga dan pembeli. Ataupun mgkin klau dibayar dgn dirham perak berapa pula nilai yg patut dibayar?
Setidak2nya hormatila peranan bank negara sebagai pihak yg berkuasa mengawalselia perjalanan dasat monetari & kewangan negara. Kita dah ader konsep aliran wang dlm negara merujuk kepada kecairan M1,M2 & M3 dlm pasaran semasa negara...jd klau tiba2 timbul mcm dinar & dirham nak masukkan dlm kecairan yg mana satu? Nak wjjudkan satu lagi aliran iaitu M4? tp taktaula klau niat lain di sebalik pengenalan ini...takut mk main isu pas nie nk kate kjaan x sokong perlaksanaan matawang syariah kate merekA, supaya jd satu isu nk tarik sokongan org aku x taula..skang aku berperasangka baik (husnu zahn)...
Org Pas...fikiran cetik...tapi pernuh ego...dia org ingat semua yg dia org buat tu betul...pada hal menyusahkan rakyat..dan negara jee..lain kali nak buat sesuatu..berbincang dgn org yag pakar..jgn main bedal jee...ikut cakap sesetegah puak yg jumud..tetang ekonomi dunia...Pas2x tak habis..menyusahlan rakyat...
megelirukan pemikiran umat Islam..
Undi Pas rugi dunia akhirat..
Harapnyer lepas nie klau timbul masalah jgn nak lepas tangan sudahla.
Teringat citer p.ramli...aku hadiahkan dikau satu uncamg uang emas...he3x...
SLM BRO..WALLY SLIPOR TU SBIJIK MCM WATAK PENYAMUN YG SAMUN WANG EMAS DLM CITER NUJUM PAK BELALANG..CUMA KALI NI DIA BERGANDINGAN DGN GUAN ENG.."SATU UTK KAO KOSONG UTK AKU..2 UTK KAO KOSONG UTK AKU"..LAST2 DIA X DPT 1 HAPER PUN! KEHKEHKEH
Lu pikir lah sendiri Wahai Orang Kelantan...
Kelantan Maju ke tak?? Kenapa aku cakap macam tu???
1. Nak menutup kelemahan pentadbiran, nak alihkan isu semasa dan nak dapatkan publisiti murahan...
2. Bila raya, semua bas balik ke Pantai Timur habis macam goreng pisang,.. sebab kat kelantan tak dok kerja, semua merempat kat tempat orang cari rezeki. Tapi masih dok royak kelantan Maju..
3. Time pilihan raya, tunggu orang UMNO taja BAS balik mengundi. Dia orang ni selit sekali, kononnya sokong UMNO..Hipokrit. Last balik pangkah PAS. Bodohnya orang UMNO yang dok taja BAS freee..
Dan bla... bla ... bla..
Malu lah hoi...
Idea tun M dulu guna wang emas adalah pd prgkt perdagangan antarabangsa utk menerobos dominasi dollar US yg pd hakikatnya duit tu sendri pun kjaan US x pegang sbb nilai ditentukan oleh spekulator antarabangsa. Jd utk itu kena ader satu peralihan dr medium yg digunapkai dr dollar kpd sesuatu yg lebih bernilai. Dulu ader cdgn utk guna euro tp nsb baik x pkai klau x dah penin mcm Greece sbb capital injection dia sumer pkai euro. Mksud di sini euro pun x telepas dr spekulatif. Jd dicadangkan penggunaan dinar emas & sbg permulaan di klgn anggota OIC. Jesteru di peringkat IDB di Jeddah dah ader division utk mengkaji & seterusnya ke arah implementasi penggunaan.
Tentu rmai yg pertikai knapa smpai skamg xleh pkai? Sbb nyer implementasi nie memerlukan rombakan yg cukup besar - iaitu mewujudkan satu rejim kawalan monetari yg besar. Kita x mau wujud plak spekulasi emas sbb x sumer negara nie ada deposit emas dlm hasil mahsyul mereka. Jd klau di pringkat antarabangsa pun byk lg kene settle tetiba kita plk suddenly nk intriduce bende nie kat local market n biletarally accept sbg medium pertukaran mmg aku xleh imagine la effectnyer... Jgn smpai jd wang pokok pisang atau argentine yg tepaksa tukar matawang smpai 7 x sudahla...
Mmg x dinafikan emas nie pemelihara nilai & akan susut nilainyer. Tp dgn bertindak begini seolah melambakkn pasaran emas. Jgnlah dgn berbekalkb sebuah kilang emas yg br buka kat t.merah smpai kita bertindak diluar bidang kuasa kita.
Emas & perak mmg sbhgn dr dasar muamalah tp perlaksanaan perlu perancangan yg baik & dibimbing dgn mereka yg berpengathuan dalamnyer.
Salam tuanrumah,
Saya juga buat posting Dinar Emas Kelantan dari pandangan seorang yang Bingai. Harap dapat link topik saya sebagai rujukan tambahan kerana saya telah rujukan posting ini sebagai rujukan tambahan di blog saya.
Memang buta-buta TGNA kena tipu dengan penasihat. hehehe
Terima kasih
Aku yang Bingai
Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir? di Tendang Terajang
aku ada cadangan untuk adakah 'mata wang unta'. bila kita nak beli sesuatu barang kita boleh tukarkan dengan unta.
seekor unta boleh dapatkan sebuah kereta kancil ...
nak beli gula sekilo bawak seekor anak unta pi shoping komplek.
ok tak cadangan aku.
nik aziz tentu setujuuuuuu, sebab ikut sunnah..
“PAS adalah parti yang memperkenalkan aparteid agama di Kelantan di mana wanita disediakan kaunter asing di pasar raya,” katanya.
bkn ke perkara kat atas tu ape yg baik?? lau Mushtak Parker kate tu perkara x baik, mknanye dia salah.. atau, korg semua da nak ikut yahudi yg suke pergaulan antara perempuan n lelaki nih??
to anon 8/17/2010 06:46:00 PM:
ko hentam je ckp camtu sunnah, gle ke ape ko??
orang johor pun merempat gak..duk umah2 flat jer..tanah mana ader..pastu nak marah sama cina,padahal korang2 sume bodo..orang kelantan mmg ramai keja kat johor,tp tanah simpan kat kelantan....hahaha..bodoh korang sume,gaduh sama2 islam..komen pun taraf sekolah tadika..aku pun jd terpengaruh..komen ikut nafsu amarah..kesian..haha
sampai merempat ni sudah kes berat ini
Malaysia Maternity Wear,Maternity Wear Malaysia,Maternity Wear,Maternity Clothing,Maternity Dress,Online Maternity,Online Baby Products,One Stop Maternity
Catat Ulasan