Popular Today

Rabu, November 11, 2009

DALANG SEBENAR PENDEDAHAN BAIAH - MAHAGURU 58

Nik Aziz dan Hj Hadi kata isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS...  dan mereka sahaja berlakon 'buat-buat bodoh' apabila ditanya tentang bai'ah.. Takkanlah Mursyidul AM Pas dan Presiden tak tahu... ianya semestinya dasar parti diperingkat tertinggi

Nampaknya tuhan sekali membuktikan.. bahawa 'buat-buat bodoh' , penafian dan pembohongan mereka sekali lagi terdedah...

Jadi dakwaan pihak yang dengki ini bukanlah dari UMNO tetapi dari PAS sebenarnya.. mungkin ada pihak dalam PAS sendiri yang menangguk air yang keroh.. sengaja membuat kekacauan dalam PAS.

Namun dari segi krisis yang dilihat berlaku dalam PAS.. dilihat sangat komplek yang hanya boleh dilakukan ANUwar Ibrahim sahaja...

Terbaru ada pendedahan mengenai siapa lagi pemimpin PAS yang membocorkan mengenai Bai'Ah..





Blogger MAHAGURU58 said... (tanpa edit)

Assalamualaikum tuan.

Yang mendedahkan bab lafaz taklik oleh setiap calon pilihanraya PAS jatuh talak 3 ke atas isteri jika belot semasa saya dan bloggers lain hadir itu bukan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharudin Mat Isa sendiri. Harap maklum.

Kami yang merakam segala percakapan di majlis dailog itu diminta tidak menyiarkan sebahagian kecil sahaja pendedahan tentang hal ehwal berkaitan EXCO Selangor oleh Dato Dr Hassan Ali. Bab taklik ini tidak terangkum didalam perkara yang diminta rahsiakan itu.

Namun saya tak sampai hati nak siar sebahagian mahupun keseluruhan rakaman audio tersebut kerana kasihankan nasib parti PAS dimana natijahnya pasti lebih heboh dari bab bai'ah ini yang sedang heboh dicanang oleh setiap ahli politik didalam negara kita.

Jika saya musuh kepada PAS dah lama saya siar tetapi saya sayang kedua dua pihak umat Islam yang sedang bertelagah tak sudah ni iaitu baik UMNO mahupun PAS! Nak kata kawan tu , kawan ni pun tak bersih tara mana. Nak kelepiak kawan ni, hak belah tu pun jongoih sama! Telan mati emak; luah mati bapak. Serbasalah saya dibuatnya.

Namun bab dok main gadai rumahtangga sebab dok keloloh sangat nak berkuasa ni, saya rasa tak comel lah. Sebab tu saya siar bab lafaz taklik ni iaitu rahsia kenapa ADUN dan AP PAS tak main lompat lompat katak macam Berahim Ali dan 3 katak di Perak tu! Itu pun saya minta pengesahan dari sahabat saya iaitu salah seorang Naib Presiden PAS sendiri.

Bila dia mengaku memang dok ada macam tu baru saya siar. Itupun selepas minta izin darinya. Mahaguru58 tak ada kepentingan politik mana mana. Saya nak tengok orang kita bersatu dan kekal berkuasa. Itu saja.

Bab PKR dan DAP, saya malas nak kata apa apa. Jika nak tahu arahtuju kepimpinan mereka, tengok saja apa jadi pada kes Dato Dr Hassan Ali nak banteras jualan arak di Selangor?

Siapa yang dok bangkang usaha Dato Dr Hassan Ali beriya iya benar jika tidak puak DAP? PKR buat derk je. 'Play safe' kata orang. Habis nak harap siapa lagi? Tengok sajalah nasib umat Islam di Selangor ni bila Tok Hassan kena pangkah! Hancurrr.

Jadi saya harap semua yang dok baca ni , sedar bahawa bab lafaz taklik ni bukan didedahkan oleh Dato Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS sendiri. Sampai sekarang ramai yang dok sembang deraih kokok berderai derai macam lah mereka dok ada di majlis tersebut.

Saya serahkan pada Allah Rabbul Jalil untuk menghakimi kita semua. Siapa yang adil dan siapa yang menzalimi sesama Islam dan separti? Berani siar kerana itu benar. Tak mahu langgar amanah Tok Hassan selagi dia tak bagi lampu hijau lagi. Wassalamualaikum.

November 10, 2009 3:53 PM [Link]

* Apa tindakan JawatanKuasa Displin PAS Pusat dibawah Tuan Ibrahim Tuan Man ??? Rahsia Parti telah didedahkan kepada blogger UMNO. Siap ada rakaman lagi oleh blogger UMNO. Sudah terang lagi bersuluh.


Sumber : Wargamarhaen

2 ulasan:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Salam Aspirasi Bangsa,

Apa lagi yang pemimpin2 hamPAS akan katakan. Sekarang ini pun dah ada suara2 yang menafikan perkara tersebut, tapi mereka terlupa yang membocorkannya adalah salah seorang dari pimpinan hamPAS juga. Inilah budaya pemimpin mereka - budaya bohongmania


PAS 4 all = Israel 4 all = Bohongmania 2 all

Tanpa Nama berkata...

sudah terang masih lagi bersuluh, sebab itulah pas sehingga hari ini berlagak pandai tapi bodoh.

http://unitmediasiber.blogspot.com/

Kongsi Link Anda