Popular Today

Isnin, November 02, 2009

Era Anwar cabut lari : PKR PETAH BERCAKAP TETAPI GAGAL URUS PARTI

Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwanya hanya petah bercakap tetapi gagal menyelesai dan mengendalikan pelbagai masalah dalam parti itu dengan baik.

Bukti terbaru ialah huru-hara yang berlaku dalam kepimpinan PKR di Sabah apabila melantik pemimpin Semenanjung bagi menerajui negeri tersebut.

"Takkan pemimpin Semenanjung nak jadi pemimpin (ketua) di Sabah, ini tidak masuk akal, saya juga tidak tahu apa yang terjadi kepada sistem berparti mereka hinggakan Kabinet bayangan pun tidak reti nak buat, sampai ada beberapa orang akan pegang satu jawatan menteri.

"Malah ada juga di negeri (yang dimenangi) tidak mempunyai wakil daripada parti lain seperti di Kedah dan Pulau Pinang yang mana wakil rakyat Pas tidak dilantik menganggotai kerajaan negeri.

"Berbeza dengan kita yang mewujudkan kerajaan di Pulau Pinang apabila Ketua Menterinya daripada Gerakan, UMNO tetap dilantik wakilnya," katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Nasional 2009 Parti Gerakan di sini.

Najib turut mempersoalkan kredibiliti pakatan pembangkang adakah mereka ini pejuang sejati kepada masyarakat berbilang kaum sama seperti yang dimainkan BN.


sumber : Utusan Malaysia

3 ulasan:

C L J berkata...

Sekarang ramai sebok sebok mengguna istilah parti satu kaum atau parti pelbagai kaum. Tetapi PKR je yang pakai istilah sendiri: Parti Keluarga Aku.

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..ANUWAR NI MCM KURA2..TAIM ADE MKN BESAR KEPALE DIA TEJULUR KELUAR..TAIM KENE BELASAH, KEPALE DIA TEKELUP MASUK DLM..DASAR PENGECUT!..HARKK PTUIHHH! KEHKEHKEH

Aspirasi berkata...

ANuwar ni cakap pandai... tapi buat kerja TAK PANDAI...

mACAM SESETNGAH ORANG LAH... CAKAP JE BAGUS... TAPI SAMPAI BILA BUAT KERJA HAMPEH!

Kongsi Link Anda