Popular Today

Selasa, November 03, 2009

1Pas "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : UMNO seru perpaduan, PAS seru perpecahan

Islam agama yang syumul dan Indah... dan apabila Islam diturunkan oleh Allah SWT Islam ialah agama rahmat segala, menyeru kepada perpaduan dan persaudaraan.

Perpaduan umat Islam di Madinah sangat indah, persaudaraan melepasi sempadan geografi, kabilah dan kaum... perpaduan atas kalimah syahadah... tuhan yang Esa... tiada tuhan selain Allah... ATas asas perpaduan inilah, umat Islam menjadi umat yang kuat dan dihormati dan disegani kawan dan lawan.

Bagitu juga idea mengenai kerajaan perpaduan, Umno sanggup bekerjasama dengan PAS ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Razak.

"idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan PAS.

"Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.

"Kita hendak cari sesuatu yang baik... sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Abdul Hadi juga berkata cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata pendirian Umno jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan PAS.

"Saya tidak tahu apa pendirian PAS sebenar. Kalau nak jelas (mengenai perkara itu), kena tanya mereka (pemimpin PAS)," kata perdana menteri.

Sebagai pengikut Muhammad Rasulullah SAW, sepatutnya idea perpaduan menjadi ikutan kerana dia adalah kehendak Islam dan AlQuran... dan perpecahan adalah kehendak Iblis dan kafir....

Sekarang siapa pula yang menolak hukum Islam... siapa yang ikut hukum iblis...

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda