Popular Today

Selasa, November 03, 2009

Isu Fitnah : Nakhaie nafi bantah Dr Asri

Bekas yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menafikan beliau menentang pelantikan
bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk mengambil alih tempatnya.

Mohd Nakhaie berkata beliau tidak terlibat dalam penyerahan memorandum yang telah dihantar oleh Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 12 Okt lepas.

"Saya tidak pernah terlibat dalam sebarang memorandum yang telah dikemukakan oleh NGO-NGO.

"Kenapa dia (Dr Mohd Asri) nak sindir saya pula melalui blognya?" katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Mohd Nakhaie berkata perdana menteri yang akan melantik siapa pengganti beliau, dan buat masa sekarang jawatan yang dipertua Yadim adalah kosong berikutan persaraannya berkuatkuasa kelmarin.

PGSM menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menarik balik pelantikan Asri sebagai yang dipertua Yadim kerana pelbagai dakwaan, termasuk mencerca ulama.

BERNAMA

1 ulasan:

Cheguman berkata...

baru nak reda politik ekoran pembangkang yg kucar kacir, dah krisis antara ulama lak...

Kongsi Link Anda