Selasa, November 03, 2009

1Pas "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Barang lusuh tidak semestinya tidak berharga

Barang lusuh tidak semestinya tidak berharga... kalau tidak, masakan barangan 'bundle' menjadi kegilaan dan trend rakyat Malaysia... di sesetangah negara barangan lusuh dan terpakai menjadi keperluan mereka... kerana bukan semua mampu membeli pakaian dan barangan baru...

Nampaknya tindakan Dr Abdul Aziz mengupamakan barangan lusuh (klik di sini) seperti menghina golongan miskin yang tidak berkemampuan... kerana kadang-kadang barangan lusuh dan bundle ini menjadi keperluan asas mereka...

Memang mengecewakan bila seorang profesor yang bercakap atas dasar politik semata-mata. Bercakap bukan untuk menimbangkan kebenaran dan atas dasar akademik.. tetapi disebabkan sikap beliau yang pro kepada pembangkang.

Sedangkan PAS juga mengambil 'ahli UMNO' sebagai ahli mereka. Nama seperti Datuk Kamaruddin Jaafar Bekas Ketua UMNO bahagian Tumpat, Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim dan ramai lagi... dan jika sekarang ada pemimpin UMNO yang keluar, nescaya PAS bekejar untuk mendapatkannya

Dan kini mereka tetap menjadi aset PAS.... walaupun UMNO istilahkan mereka sebagai 'lusuh' dan tidak beguna...

Hakikatnya Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah meninggalkan PKR adalah langkah yang tepat dan betul...

Ianya berikutan tindakan pemimpin PKR yang mengamalkan kroni.. kepimpinan terpilih... bagaimana sesorang ADUN hendak melaksanakan tugas jika MB mengamalkan pilih kasih yang tidak sepatutnya berlaku dalam sesbuah organisasi.

Kepimpinan kroni dan pilih kasih ini juga berlaku sebagaimanau kepada jeffry Kitingan, Cristina Liew dan Zaid Ibrahim. Dan sebelum itu Ezam Md Nor, Lokman Noor Adam dan ramai lagi tokoh PKR yang keluar dari parti itu dalam tempoh 4-5 tahun yang lalu. Ini menunjukkan kepimpinan PKR bermasalah, kepimpinan kroni mengalir dalam darah pemimpin PKR...

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda