Dalam kes pertama, Tian Chua pada mulanya dengan keras menafikan dakwaan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) bahawa beliau telah mempertikaikan badan kehakiman.
Menurut Abdul Rahman, kenyataan ini didakwa dibuat Tian Chua sewaktu mengulas keputusan mahkamah pagi ini yang mendapatinya bersalah dan telah dikenakan hukuman.
Tian Chua yang tidak berpuas hati kemudian meminta Abdul Rahman menarik balik dakwaan itu kerana jelasnya, beliau tidak pernah mempertikaikan badan kehakiman dan oleh itu tuduhan wakil Kota Belud itu sesuatu yang serius.
Mendengar penafian keras Tian Chua itu, Abdul Rahman berkata:
“Yang Berhormat, saya nak baca balik apa yang wakil Batu cakap dalam lidah rasmi pembangkang, Malaysiakini. Dengar ini, ‘Chua juga percaya yang hukuman ini telah dicipta untuk menghilangkan kelayakannya sebagai Ahli Parlimen’.
“Ini ucapan, kata-kata daripada wakil Batu. Ini pandangan apa, sekejap kata hakim adil, kejap tidak. Ini apa?" tegasnya.
Berikutan penjelasan Abdul Rahman itu, Tian Chua yang awalnya berkobar-kobar menafikannya terus berdiam diri.
Sumber : Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan